Thursday, April 18, 2013

SABAR ITU INDAH


hari ni aku belajar... utk lebih bersabar dan berhati-hati.. dua prkara yg brlaku dlm hari sama.. malang sungguhkah aku hari ni? sudah takdir Allah... aku melalui dua kesedihan... tak mengapa, Allah sedang mnguji aku. pertama, aku kt P2M di Biro Akademik utk mngetahui Praktikal aku diluluskan.. dengan keyakinan dan harapan, aku bersama2 sahabat ke sana.. sudah perancangan Allah, aku serta beberapa orang sahabt tidak diluluskan tetapi masih dalm cadangan.. pada mulanya, sukar utk menerima.. trasa tidak adil.. nmun jauh di hati, aku cuba redha dengan ketentuan-Nya... DIA lebih tahu apa yg trbaik buat hamba-Nya... aku cuba brsabar dan  berlapang dada.. xmengapa, harapan masih ada.. aku tetap brdoa dengan penuh pengahrapn, moga aku masih ada peluang utk praktikal atau KPM semester ini jgk. moga kami masih diberi kesempatan utk turut serta.. in sha Allah... yg kedua, aku dan kawan aku membonceng motosikal ke tempat perawatan bekam... memndang kan ini pertama kali aku membawa motor sejauh ini, aku cuba beranikan diri dan bertawakkal kepada Allah.. alhmdulillah selamt pergi dan kembali... hebat jgk aku nieh..huhu yg xbestnyer bila swaktu perjalanan pulang, aku brhenti d trafic light, u turn di situ.. sedangkan disitu menjadi kesalhn bila u turn.. sungguh aku xtahu, n aku xnampak pun polis di pondok tepi jalan.. Allahuakbar.... rp 150,000 melayang cm tu jer.. tp syukur, kami tdk dibawa kebalai... masih tetap cuba bersabar dan terima hari ujian ini dgn keikhlasan.. pelajaran utk aku... lepas ni aku akn berhati2... ape2 pn, setiap yg trjadi ada hikmah-Nya... Allah ingin menguji setiap hamba-Nya.. jangan berburuk sangka pada-Nya... mungkin yg trjadi krn dosa kita, mungkin krn ingin menguji kesabaran dan keimanan kita.. sentiasa bersyukur kepada-Nya.. Allah xpernah menzalimi hamba-Nya, tetpi kita yg sentiasa mnzalimi diri sendiri... Hasbiallahu wani'mal wakil.....

Tuesday, April 16, 2013

PERMAI '13 (Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh)

Alhamdulillah, pada tnggal 14/04 selesailah program berbentuk motivasi yang di cnduct oleh Us Syaari Ab Rahman. PERMAI adalah sebuah program yang menyatukan seluruh pelajar Malysia seindonesia di bawah satu bumbung. program ini berlasngsung selama 3 hari... pada mulanya hati ini sungguh berat utk mngikuti... banyak bnda yg difikirkan.. tesis, komprehnsif... arghhh mmbuatkan hati aku resah gelisah.. 3 harri bagaikan lamanya berminggu.. kerungsingan melanda diri.. memndangkn diri ini telh ditaklifkn sebagai timb. KD Pengangkutan & Logistik, apatah lg sebagai exco persatuan, aku diwajibkan utk mnghadiri program nini.. walaupun berat hati, tp aku lalui jua. Namun sangat bersyukur, progrm ini buknlh progrm biasa, tp banyak mmberikan aku motivasi yg sangat bermkna. Mendengar pencerahan jiwa dari Us Syaari tentang ibrah dari pahlawan Sultan Muhammad Al-Fatih, sangat mmberi kesan pd jiwa ini.. ya, Sultan Muhammad Al-Fateh buknlah calang2 pemuda, beliau adalh si penakluk Konstantinopel.. seseorang akan berjaya dengan berusaha bersungguh, xpernh give up walaupn berkali trjatuh, dan meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah.. begitulah Sultan Muhammad Al-Fateh, hanya kerana satu hadits, beliau begitu bersungguh-sungguh berjuang kerana-Nya.. tp diri kita? apa yg tlh dijuangkan utk Islam..???? tepuk dada tanya iman kalian..
kerana program ini, telah mempertemukan aku dgn ramai kawan baru dari berbagai negeri.. walaupn baru kenal xsmpai satu hari, kami sudah mmpu bergurau senda dan bertukar cerita tentang diri masing2 dan tempt masing2.. pntasnya terbina ukhwah... walaupn banyk kekurangan fasilitas, tp kami masih mmpu tersenum dan bersenda gurau.. melalui selama 3 hari berprogram dengan kesyukuran... aku terfikir akn firman Allah swt dalam surat Al-Baqarah:216 " dan boleh jadi kamu benci akn ssuatu, sedng ia lbih baik bagimu dan bolh jadi kamu kasihi ssuatu, sedng ia melarat kepadamu. Dan Allah mngetahui, tetapi kamu tiada mengetahui." benarlah... dari dahulu lagi aku xsuka brpesatuan, ke progrm2 yg dianjurkan.. tp aku xtahu kenapa aku sntiasa dilibatkan diri dalm perkara seperti ini.. aku sntisa bertanya, kenapa mesti aku???? masih ramai yg layak dari aku.. aku xsuka, aku ingin lari... tp btolla, yg xsuka, lama2 mmbuatkn diri aku berjinak2 utk terima semua ini.. dan mmbuat jiwa aku berusaha utk menerima-nya.. semuanya buknlh sesuatu yg tdk baik, bahkan banyak mmberikan aku mnfaat. aku masih ingt kata-kata seorang murabbi suatu ketika dulu, beliau menegaskan supaya sntiasa mmbetulkan niat krn Allah Ta'ala.. sekalipun trpksa, harus pksakan... us Syaari sndri mngatakan dlm program PERMAI trsebut, utk mmbina habit yg positif, haruslh dgn mind set yg positif, melalui pksaan, dan pengulangan yg berterusn sehingga ia mnjadi habit yg positif dlm diri kita. aku sangat bersyukur krn Allah memilh aku salh seorang utk berada dlm program yg brharga ini... kenangan yg xkan ku lupakan... moga ukhwah kita bukn hanya setakat ini... pasti aku akn merindu kalian semua... :)

Wednesday, April 10, 2013

TREND 'TAQRABU AZ-ZINA (From Blog Fatimah Syarha)


Analogi Harimau dan Nyamuk

        Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!
Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.
       Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!
Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
        Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang? 
Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?     
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.
Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang. 
Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
عن الأغرَِِِبن يسار المزني رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : (( يا أيها الناس، توبوا إلي الله واستغفروه ، فإني أتوب في اليوم مائة مرة))(58) ( رواه مسلم)
“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: (( والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))(57) ( رواه البخاري)
“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)

Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah al-Isra’: 32).

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

            Sms tanpa  urusan, call tanpa urusan, datingtanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
            Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
Apa itu ikhtilat? 
 Ikhtilath ada maksudnya dari segi bahasa dan istilah. Dalam Bahasa Arab, ikhtilath sering dirujuk sebagai sesuatu yang negatif. Seperti perkataan khalwat umumnya difahami sebagai sesuatu yang negatif.
Sedangkan dari segi bahawa ikhtilat dan khalwat boleh membawa maksud yang negatif dan positif. 
Ikhtilat di sini bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Asal pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram.
Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia kurang disebut sebagai ikhtilat(walaupun dari segi bahasa sebenarnya boleh juga disebutikhtilat yang dibenarkan) sebaliknya disebutmuamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat  bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.
Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya, 
Dah makan ke? 
Tengah  buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa? 
Dah tidur ke?  
Adakah  ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih  tahu maksud dalaman.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah. 
Sabda Rasulullah SAW,
عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
Cinta Fitnah
            Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).
            Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”
            Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)

“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
          Soal cinta amat akrab dengan soal hati.  Oleh sebab  itulah hati perlu  berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta  dan sayang yang suci itu terheret  menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota  badan  seperti lidah,  tangan,  kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.    

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
            Ingat pesan Nabi,

فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
 (رواه مسلم والبخارى وأبو داود)
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil  sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan  sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan  terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

            Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
            Allah SWT mengingatkan kita,
الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)
“Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
            Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri.  Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.
            Sabda Rasulullah SAW,
  • عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)
  • Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)