Love
\
Bila bicara soal cinta, memang ramai yang inginkan jalan cerita cinta
semanis dan seromantis jalan cerita cinta yang mereka lihat di kaca
televisyen. walhal, di dalam cerita tersebut, sudah tentu pengarah yang
mengarah mereka untuk berbuat begitu. Sedangkan kita sebagai manusia di
Bumi sementara ini, segalanya Allah yang tentukan, termasuk kisah cinta
kita. Ketahuilah, kisah cinta kita semua sudah diaturkan oleh Sang
Pencipta. Dia yang Maha Mengetahui segalanya.
Rasa cinta itu adalah perasaan yang Dia telah kurniakan pada kita.
Memang tiada siapa mampu menolak rasa cinta itu. Dia akan hadirkan rasa
cinta yang sebenar-benarnya itu tika waktunya sudah tiba. Kita hanya
perlu berdoa memohon yang terbaik dari-Nya. Usah risau, kerana Dia
memberi apa yang kita perlu, dan bukannya apa yang kita mahu. Bersangka
baiklah selalu dengan Allah. Kita hanya merancang, Dia jua yang
menentukan.
Adakalanya, Dia memberi sebelum sempat kita menadah tangan meminta
pada-Nya. Dan sesekali Dia mengambil sebelum Dia memberitahu kerana Dia
lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Ketahuilah, adakalanya Allah
menguji tanpa kita sedari, maka Dia akan anugerahkan akal untuk berfikir
memilih jalan yang terbaik.
" wahai hati, jadikan penantian ini jalan menuju keberkatan,
bersabarlah~ akan ada indah di penghujungnya nanti,
asalkan cinta ILAHI sentiasa mengiringi,
insyaAllah, kita akan terus tenang dan sabar menanti. "
No comments:
Post a Comment