Salam alaikum.
Ini merupakan ringkasan ceramah yang diberikan oleh Syeikh Hassan Al-Hindawi baru-baru ini Kuala Terengganu.
Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi?
1) Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oeh
media-media massa. Beliay dihantarbagi menjelaskan apakah sebenarnya
yang berlaku di Syria.
2) Media-media barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan
apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah putarbelitkan
fakta.
3) Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu
dengan seorang teman. Teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai
orang menyokong Kerajaan Syria. Tv di Indonesia juga menyiarkan bahawa
ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa
yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan
pegawai-pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu
menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang
menyokong beliau.
4) Jangan terpedaya dengan keyataan-kenyataan yang kita dengar dari
ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria
menentang Israel. Tapi, sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada SATU
PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang
terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
Punca Revolusi.
Puncanya berlaku apabila ada sekumpulan kanak-kanak dalam 28 orang
bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa
yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN.
Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang berevolusi.
Mengetahui perihal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap
kanak-kanak ini.Mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki
dan tangan mereka . Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dan
keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak-kanak yang lain
dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan
kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka
untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini. Perkara ini merupakan
sesuatu yang menghinakan. Lantas berlakulah revolusi di Syria.
Rakyat Marah.
1) Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas.
2) Jumaat lepas, labih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.
3) Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.
4) Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
5) Rakyat Mahu Presiden Dihukum. Itu antara slogan yang dilaungkan
sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.
Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar Asad)
1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat.
2) 39000 orang telah cedera. Mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3) Membunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.
4) 9000 tahanan ditahan.
5) 413 orang telah syahid didalam penjara.
6) Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui.
Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli
keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni, telah ditangkap dan dia
diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Beliau melawan, akhirnya
terbunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu
dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga
beliau. INI SERIUS KEJAM!
8 ) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!
Berita Baik.
1) Masa depan kebangkitan ini begitu baik. Ia berterusan dan
semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah
bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun
berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang
sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2) Pertubuhan-pertubuhan Arab telah ambil pendirian untuk tentang
apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak benarkan
pegawai-pegawai Syria untuk memasuki tanah mereka. Tetapi ada dua negara
yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan.
3) Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka
yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
4) 95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
Tambahan :
1) Basyar Asad juga daripada kelompok syiah yang terkeluar daripada
islam dan mengharuskan untuk membunuh muslimin sunni..84% daripada
posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang
terdiri dari 3 keluarga besar, 6% dari posisi tersebut pula drpd kaum
ajam dan 10% lagi dari golongan kuffar. Tiada posisi bg ahli sunnah wal
jamaah. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu
dahsyat melebihi Israel. Rakyat-rakyat sunni dibunuh sesuka hati tetapi
walau seorang israel pun tidak ditumpahkan darah.
2) Kita banyak tak tahu tentang isu Syria selama ni sebab media
telah dikawal oleh pihak rejim. Manakala sumber media lain tidak
dibenarkan memasuki syria utk membuat liputan. Segala gambar dan video
yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para demonstran
yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan
dari mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual
oleh tentera rejim Basyar Asad dengan harga 100 dolar.
3. P E R K O N G S I A N A N T A R A B A N G S A
‘R E V O L U S I S Y R I A’AL-SYEIKH DR. KHALED HASAN HINDAWI
(Pembantu Khas Al-Syeikh Dr. Yusof Al-Qardawi)
6hb Disember 2011 (Selasa)
8.30 – 11.00 malam
Dewan Banquet,
Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang,
No comments:
Post a Comment