Thursday, February 9, 2012

Bila Allah Datangkan Kesedaran Dalam Diri



Perempuan yg suci adalah perempuan yg di jaga oleh Allah,
Tdk sedikit pun Allah mmbenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya..
Krn Allah teramat mncintainya..
Tetapi andai kita bergelumang dgn cinta lelaki,
Dimana Allah utk mnjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita kpd seorang manusia yg lebih banyak mengecewakan kita..
“jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,
Bermakna Allah mahu ambil kita kembali utk dijagaNya…
Mengapa masih ragu2?”
“kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari”..
Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan…
“ sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya” IMAM AL-ALGHAZALI..
"sesiapa yg jatuh cnta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian dtg mnimpanya,
maka dia adalh seorng yg syahid." (riwayat Hakim, Ibn Asakir,Al-Dailami,& lain2)
Sahabatku,
aku bangga melihatmu derita dlm perjuanganmu…
Dr melihatmu gembira dalam kelalaian..
Sahabatku…
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbananmu..
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…
Dari hidup dalam kesesatan…
Krn jgn lupa sahabatku…
Muliamu bukn kerana pangkat dan harta tp kerana ISLAM…
sahabatku...
kehidupan ini adalah satu perlumbaan..
zaman terus berlalu..
bulan terus berputar..
bumi terus beredar...
dan angin terus bertiup...
maka,
jangan berhenti...
kerana kafilah kehidupan xakn pernah menunggumu...
kebekuan airmata datang dari kerasnya hati,
kerasnya hati itu datang dari banyaknya dosa,
banyaknya dosa itu datang dari banyaknya angan2 mencintai dunia,
dan cinta kpd dunia itu sumber segala dosa.
setitis airmata yg gugur krn keinsafan 1000x lbh baik dr sejuta mutiara di lautan..
sesaat bersedih krn redha Allah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia,
sejernih wajah kerana wudhu' yang sempurna lbh bercahaya dari kilauan segunung permata..
sesuci hati kerana cinta Ilahi itu hakikat cinta abadi.
semusim pertemuan, selamanya keakraban..
jangan berduka dikala perpisahan,
kerana apa yang paling dikasihi mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan
seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan daratan...

No comments:

Post a Comment