Risalah sambut Maulidurrasul s.a.w
Dengan
nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian bagi
Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam keatas saiyidina Muhammad,
Keluarga dan Sahabatnya sekelian…
Kami kemukakan dalil-dalil bagi masaalah Maulidurrasul didalam risalah ini, supaya dapat memberi penjelasan yang terang bagi sekelian kaum muslimin daripada terpesong dengan mereka yang membid’ahkan amalan ini. Mudah-mudahan Allah memberi manfaat dengannya, amin…!
Kami kemukakan dalil-dalil bagi masaalah Maulidurrasul didalam risalah ini, supaya dapat memberi penjelasan yang terang bagi sekelian kaum muslimin daripada terpesong dengan mereka yang membid’ahkan amalan ini. Mudah-mudahan Allah memberi manfaat dengannya, amin…!
DALIL SUNAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL DI SISI ULAMA’ AHLI SUNNAH.
1.
Merayakan hari kelahiran Nabi s.a.w. termasuk daripada perkara yang
membesarkan dan memuliakan baginda. Dijanjikan kejayaan dunia dan
akhirat bagi mereka yang menyambutnya. Firman Allah Taala:
“Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya dan mengikuti cahaya (Al-Qur’an) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan.”
(Surah Al-A’araf, ayat 157).
“Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya dan mengikuti cahaya (Al-Qur’an) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan.”
(Surah Al-A’araf, ayat 157).
2.
Firman Allah Taala, : “Sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka
membesarkan itu ialah setengah daripada menjunjung perintah-Nya dan
menjauhi larangan-Nya.” ( Al-Haj:32 )
Dimaksudkan
dengan “tanda-tanda Allah” (Sya’airallah ) pada umum ayat ini, iaitu
setiap perkara yang dijadikan sebagai tanda atau alamat bagi mentaati
Allah. Sebesar-besar tanda agama ialah Nabi Muhammad s.a.w dan menyambut
Maulidurrasul itu adalah membesarkan tanda Allah, termasuk dalam
menjunjung perintah-Nya.
3.
Meriwayat Imam Bukhari dalam Sahihnya, begitu juga Ismaili dan Abdul
Razak, Bahawa diringankan azab keatas Abi Lahab pada hari isnin kerana
memerdekakan ‘Suwaibah’ iaitu hambanya yang menceritakan khabar gembira
tentang kelahiran Nabi s.a.w.
Hadis ini menunjukkan bahawa:
i)
Sesiapa yang menzahirkan kegembiraannya dengan membesarkan hari
kelahiran Rasulullah diberi pahala yang besar kerana Abu Lahab yang
kafir, seteru kepada Nabi s.a.w. diringankan azabnya, apatah lagi orang
yang muslim. Seperti yang dikatakan oleh Al-Hafiz Nasiruddin ibnu
Syamsuddin Ad-Dimasyqi dan Imam Al-Qurra Al-Hafiz Syamsuddin Muhammad
Al-Jazri.
ii)
Dianjurkan memulia dan membesarkan Nabi s.a.w dengan mengambil sempena
hari kelahirannya. Hari kelahiran Baginda merupakan ‘ Hari Kebesaran
Islam ’ dan hari yang mempunyai kelebihan. Diriwayatkan daripada Qatadah
Al-Ansari, ‘ Bahawasanya Nabi ditanya tentang berpuasa hari Isnin,
berkata Nabi s.a.w, “ Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan
diturunkan kenabian keatas ku.” ( Riwayat Muslim dan lainnya )
iii)
Membuat perkara-perkara kebaikan (difahami daripada memerdekakan
Suwaibah, hadis berpuasa hari isnin dan hadis berpuasa hari A’syura yang
akan datang ) sempena memuliakan hari kelahiran Nabi s.a.w seperti
berhimpun dengan membaca Al-Qur’an, berselawat, memuji Nabi, bersedekah,
menjamu makanan, berbuat baik kepada fakir-miskin dan lain-lain.
1
4. Didalam Sahih Bukhari dan Muslim, bahawa Nabi datang ke Madinah dan mendapati kaum Yahudi berpuasa hari A’syura lalu baginda bertanya , mereka menjawab, “ Ianya hari di mana Allah menenggelamkan Fir’aun dan menyelamatkan Musa. Kami berpuasa pada hari ini kerana mensyukuri Allah ta’ala.” Lalu nabi berkata, “ Kami terlebih utama dengan Musa…”.
1
4. Didalam Sahih Bukhari dan Muslim, bahawa Nabi datang ke Madinah dan mendapati kaum Yahudi berpuasa hari A’syura lalu baginda bertanya , mereka menjawab, “ Ianya hari di mana Allah menenggelamkan Fir’aun dan menyelamatkan Musa. Kami berpuasa pada hari ini kerana mensyukuri Allah ta’ala.” Lalu nabi berkata, “ Kami terlebih utama dengan Musa…”.
Diambil
pengertian daripada hadis ini, kita disarankan mensyukuri atas nikmat
pemberian Allah pada hari tertentu yang mempunyai kelebihan atau hari
yang dilepaskan daripada musibah. Menyambut Maulidurrasul adalah
menzahirkan kegembiraan dan mensyukuri nikmat dan rahmat Allah ke atas
alam ini. Ini kerana , sebesar-besar nikmat yang sempurna dan rahmat
ialah lahirnya nabi kita s.a.w. sebagaimana berkata Ibnu Hajar
Al-Haitami, Al-Hafiz Ibnu Hajar Assqalani, Sayuti dan lain-lain.
Firman
Allah ta’ala, “ Katakanlah kepada kaummu, dengan kurniaan Allah dan
rahmatnya , maka dengan demikian itu ( kurniaan dan rahmat ) , hendaklah
kamu bergembira dan mensyukurinya.” ( Yunus:58 )
FirmanNya, “Tidaklah kami mengutuskan engkau ya Muhammad melainkan kerana rahmat bagi sekelian alam.”
( Al-Anbiyaa’:107 )
( Al-Anbiyaa’:107 )
5.
Memperingati dan membesarkan Maulidurrasul dengan selawat, membaca
kisahnya, merupakan perantaraan kepada mencintai nabi dan mencintai
Allah. “ Tidak sempurna iman seseorang daripada kalangan kamu sehingga
adalah aku terlebih dikasihinya daripada dirinya, hartanya, anaknya dan
sekelian manusia.” ( al-Hadis ).
Firman
Allah ta’ala, “ Katakanlah kepada kaummu, jika sekiranya kamu mencintai
Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu.” (Ali-Imran:31)
KESIMPULAN
i) Menyambut hari kelahiran Rasulullah disabitkan dengan dalil-dalil syara’.
ii) Disunatkan memperingati maulidurrasul pada bila-bila masa, terlebih utama
lagi sempena hari kelahirannya.
lagi sempena hari kelahirannya.
iii) Membesarkan Nabi bersempena hari kelahirannya yang merupakan salah satu
hari kebesaran Islam.
hari kebesaran Islam.
iv) Menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran atas sebesar-besar nikmat dan
rahmat Allah iaitu kelahiran baginda dengan mengerjakan amalan-amalan
kebaikan.
rahmat Allah iaitu kelahiran baginda dengan mengerjakan amalan-amalan
kebaikan.
v) Menyambut hari kebesaran ini membawa kepada mencintai nabi dan mencintai Allah.
vi) Mendapat ganjaran yang besar di dunia dan akhirat bagi mereka yang menyambutnya.
Orang
yang pertama merayakan Maulid ialah Sultan Ibnu Malik Al-Muzzaffar,
seorang wali Allah, raja yang adil, warak , zuhud dan alim. Menghadiri
Majlis Maulidnya ulama’-ulama’ muktabar dan orang-orang salih dengan
ketiadaan mengingkarinya , sehinggakan ulama’ besar yang bernama
Assyeikh Abu Khatab Ibnu Dihyah telah mengarang bagi sultan itu, kitab
Antanwir membicarakan tentang amalan Maulid. ( Lihat Al-Hawi Lil Fatawi
bagi Sayuti ).
Berkata
Assakhawi, “Sesungguhnya amalan Maulid berlaku kemudian daripada kurun
ketiga iaitu tiga ratus tahun daripada Hijrah, selepas itu sentiasalah
umat Islam pada setiap negeri mengamalkannya…….”
Oleh
itu, amalan Maulidurrasul ini adalah ijmak muslimin yang tidak
diengkari bahkan disokongi oleh ulama’ Ahli Sunnah sejak pertama kali
diadakan hingga sekarang. Tidak berhimpun ulama’ dan seluruh muslimin
yang sempurna imannya pada kesesatan. Sabda Nabi, “Tidak berhimpun
umatku diatas kesesatan.” Sabdanya lagi, “Sesuatu perkara yang dipandang
baik oleh muslimin maka ianya di sisi Allah adalah kebaikan.”
DALIL SATU PERSATU AMALAN YANG DILAKUKAN DIDALAM MAULID.
BERHIMPUN DENGAN BERTILAWAH AL-QURAN, BERZIKIR, BERSELAWAT, MEMBACA KISAH NABI DAN MENGADAKAN JAMUAN
1)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, “Bersabda Rasulullah; Tidak
berhimpun suatu perhimpunan pada satu majlis di dalam masjid daripada
masjid-masjid Allah , lalu mereka membaca al-Quran dan bertadarus sesama
mereka, melainkan turun ke atas mereka ketenangan yang diselubungi
rahmat Allah serta dilingkungi para malaikat dan Allah menyebut tentang
mereka dikalangan nabi dan malaikat di sisi-Nya .” ( Sahih Muslim ).
2)
Bersabda Nabi s.a.w., “Tidaklah berhimpun satu perhimpunan di dalam
suatu majlis lalu mereka tidak berzikir mengingati Allah dan tidak
berselawat ke atasku, melainkan kekurangan dan penyesalan ke atas mereka
di hari Qiamat.”
3)
Firman Allah ta’ala, “Kami ceritakan kepada engkau setiap perkhabaran
daripada kisah-kisah Nabi yang menguatkan hati engkau dengannya dan
datang kepada engkau di dalam perkhabaran ini, kebenaran, pengajaran dan
peringatan bagi orang yang beriman.” (Hud:120)
4)
Meriwayat Imam Ahmad dan Hakim daripada Suhaib, Nabi bersabda, “
Seseorang yang terlebih baik di antara kamu ialah mereka yang menjamu
makanan dan menjawab salam.” Berkata al-Iraqi, “ Hadis ini sahih
sanadnya .”
Meriwayat Turmizi , bahawa sahabat-sahabat nabi tidak bersurai mereka daripada majlis bertilawah al-Quran dan zikir, melainkan selepas menikmati jamuan.
Meriwayat Turmizi , bahawa sahabat-sahabat nabi tidak bersurai mereka daripada majlis bertilawah al-Quran dan zikir, melainkan selepas menikmati jamuan.
SUNAT BERDIRI KETIKA DIBACAKAN KISAH KELAHIRAN BAGINDA S.A.W.
Disunatkan
berdiri ketika dibaca kisah kelahiran Nabi s.a.w. kerana perbuatan
berdiri menunjukkan di atas membesarkan baginda, termasuk di dalam nas
al-Quran yang kami sebutkan dahulu. Telah berdiri Imam Subki
bersama-sama orang ramai di Majlis Maulid ketika kisah kelahiran baginda
dibacakan. Ulama’ Ahli Sunnah mengatakan sunat dan elok perbuatan ini.
Cara
membesar dan memuliakan Nabi s.a.w. semasa hayat baginda atau wafatnya,
samada dengan hati atau lisan seperti berselawat, puji-pujian atau
dengan perbuatan iaitu berdiri. Telah disepakati pada adat orang ramai
bahawa berdiri itu bertujuan membesarkan seseorang.
Adapun
Fatwa al-Allamah Imam Abu Saud yang mengkafirkan mereka yang tidak
berdiri ketika orang ramai berdiri pada Majlis Maulid , sekiranya mereka
meninggalkan berdiri kerana menghinakan Nabi s.a.w. atau mengingkari
hukum membesarkan baginda.
Berkata
Imam Nawawi, “Disunatkan berdiri kepada orang yang hadir iaitu daripada
ahli kelebihan dan kemuliaan, sesungguhnya datang hadis-hadis sebagai
hujah padanya…….”
1)
Diriwayatkan daripada Said al-Khudri, Nabi bersabda, “ Berdirilah kamu
kepada penghulu kamu” ( iaitu Saad Ibnu Muaz yang hadir kepada sahabat
), lalu ia datang dan duduk kepada Rasulullah. ( Riwayat Abu Daud ).
Perbuatan
berdiri dalam hadis ini adalah kerana memuliakan Saad, bukan kerana
hendak menurunkan Saad yang sakit daripada tunggangannya. Jika berdiri
kepada Saad disebabkan keuzurannya , nescaya nabi berkata dengan lafaz,
“Berdirilah kepada orang yang sakit daripada kamu”, dan tidaklah perlu
nabi menyuruh sekalian sahabat bahkan memadai seorang dua shaja bagi
memapahnya.
2)
Mengeluar Abu Daud daripada Abu Hurairah, “Adalah nabi bercakap dengan
kami, apabila baginda berdiri, lalu kami pun berdiri kepadanya hingga
kami melihat ia memasuki rumahnya.”
Adapun
berdiri yang dilarang dalam beberapa hadis, adalah berdiri yang lahir
daripada sifat takabbur atau larangan itu kerana tawaduk nabi.
Disunatkan berdiri tersebut semata-mata kerana perbuatan berdiri
termasuk daripada membesarkan nabi, samada hadir Roh Nabi di dalam
Majlis Maulid ataupun tidak. Ketahuilah ! Roh Nabi dan orang mukmin
boleh pergi ke mana sahaja yang dikehendakinya dan harus dapat berjumpa
dan melihatnya.
i)
Sabit pada hadis sahih bahawa berhimpun nabi s.a.w dengan para nabi di
Baitul Maqdis dan di langit pada kisah Isra’ dan Mikraj.
ii) Daripada Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w melihat Nabi Musa dan Nabi Yunus menunaikan haji sambil mengucapkan ‘talbiah’.
iii) Didalam Sahih Bukhari, bahawa sesetengah sahabat dilihat bersembahyang di dalam masjid selepas meninggal dunia.
iv)
Daripada abu Hurairah, Nabi Bersabda, “Sesiapa melihatku didalam
mimpinya, nescaya ia akan melihat aku ketika jaga ( tidak bermimpi ) dan
syaitan tidak boleh berupa dengan rupaku.” ( Bukhari dan Muslim )
Berkata Imam Sayuti, “Bahawa nabi s.a.w itu hidup dengan jasad dan roh, serta rohnya berjalan ke mana sahaja yang dikehendakinya kepada segala tempat dimuka bumi dan alam malakut….”
Berkata Imam Sayuti, “Bahawa nabi s.a.w itu hidup dengan jasad dan roh, serta rohnya berjalan ke mana sahaja yang dikehendakinya kepada segala tempat dimuka bumi dan alam malakut….”
Meriwayat
Imam Ahmad, Turmizi dan Ibnu Abi Dunia daripada Salman Al-Farisi,
“Bahawa roh orang mukmin berada di barzah di dalam dunia, boleh pergi ke
mana-mana yang dikehendakinya.”
SUNAT MEMUJI NABI DENGAN SYAIR
Allah
ta’ala memuji penyair-penyair yang beriman dan mengasingkan mereka
daripada kumpulan penyair yang dicela dengan firmanNya :
1) “…..Melainkan penyair-penyair yang beriman dan beramal salih serta banyak menyebut Allah………” (Assyua’ra:227)
Telah
mentafsir Imam an-Nasafi, “Berzikir mengingati Allah dan bertilawah
al-Quran adalah menjadi kebiasaan bagi mereka daripada bersyair. Apabila
mereka menyampaikan syair , mereka bersyair pada mentauhid dan memuji
Allah, tentang ilmu, peringatan, zuhud, budi pekerti, memuji Rasulullah
dan sahabat serta orang-orang salih dan seumpamanya.”
2)
Mengeluar Bukhari di dalam `Al-Adab Al-Mufrad’ dan Thabarani di dalam
`Al-Ausath’ daripada hadis marfu’ Abdullah Ibnu Omar, “Syair itu
menempati percakapan, maka syair yang baik seperti percakapan yang baik
dan syair yang keji seperti percakapan yang keji..”
3)
Meriwayat Thabarani, bahawa ketika Nabi s.a.w. memasuki Madinah
sekembalinya daripada perang Tabuk, berkata Ibnu Abbas, “Ya Rasulullah !
Adakah memberi keizinan kepada aku memuji engkau ? Bersabda Nabi,
“Katakanlah ! Tidak akan mensadur Allah mulut engkau,” lalu ia memuji
baginda dengan qasidah syair…..
Menyebut
Mawardi di dalam al-Hawi dan Ruyani di dalam al-Bahri, bahawa syair
terbahagi kepada ; haram, harus dan sunat. Syair yang disunatkan itu dua
bahagian. Pertama, syair yang menakuti dan memperingati huru-hara
akhirat. Kedua, syair yang menekankan budi pekerti yang baik. Di antara
syair yang disunatkan ialah memuji para nabi, sahabat, ahli taqwa dan
seumpamanya.
Adapun
hadis yang berbunyi, “Janganlah kamu memuji aku sebagaimana orang
Nasrani memuji Isa Ibnu Maryam,” dilarang memuji sehingga menganggap
nabi sebagai anak tuhan atau tuhan.
Firman
Allah ta’ala, “ Berkata orang Nasrani, Isa itu anak tuhan.”(
At-Taubah:30 ) FirmanNya, “Sesungguhnya menjadi kafir mereka (Nasrani)
yang berkata bahawa Allah, tuhan yang ketiga daripada tiga tuhan.”
(al-Maidah:73)
Tidak
menjadi kesalahan mengagungkan Nabi s.a.w. dengan melampau-lampau
selagi tidak menganggapnya sebagai tuhan, kerana sabit dengan
hadis-hadis sahih, di antaranya :
Meriwayat
Bukhari bahawa Urwah ibnu Mas’ud as-Saqafi menghadiri kepada Nabi
s.a.w. di dalam Perjanjian Hudaibiyah . Sekembali Urwah kepada kaumnya
lalu berkata, “…tidak pernah aku melihat seorang pun yang mengagungkan
seseorang sebagaimana sahabat Muhammad mengagungkannya. Tidaklah
Muhammad berludah satu ludahan, melainkan menyambut sahabatnya dengan
tangan-tangan mereka, lalu melumurkan ke wajah mereka dan tidaklah ia
berwuduk, melainkan mereka berebut-rebut kepada air wuduknya untuk
mengambil barakat, sedangkan ia mengiktiraf dan tidak mengingkari
perbuatan mereka itu dan mereka ( sahabat ) tidak menajamkan pandangan
kepadanya.”
Telah
ijmak ulama’ pada harus berseru meminta pertolongan dan bertawasul
dengan mengambil barakat Nabi s.a.w. Meriwayat Baihaqi dengan sanad yang
sahih, daripada Malik addar , berkata, “ Telah menimpa musibah kemarau
pada orang ramai di zaman Umar al-Khatab, lalu datang seorang lelaki (
Bilal Ibnu Haris al-Muzani ) ke kubur Nabi s.a.w. dan berseru, “ Ya
Rasulullah ! Mintalah supaya diturunkan hujan bagi umatmu kerana
sesungguhnya mereka itu sedang binasa.” Lalu hadir rasulullah di dalam
mimpinya dan baginda berkata, “Pergilah kepada Umar dan sampaikan
salamku kepadanya…..”.
Dalam
hadis ini , lelaki berkenaan telah memberitahu kepada saidina Umar
tentang kisah tersebut, akan tetapi saidina Umar dan sahabat-sahabat
yang lain tidak mengingkari perbuatan lelaki itu.
Berkata
as-Subki, “ Elok bertawasul dan berseru meminta pertolongan dengan Nabi
sebagai perantaraan kepada tuhannya. Tidak seorangpun daripada Salaf
dan Khalaf mengingkarinya, sehingga datang Ibnu Taimiyah mengingkari
serta menyimpang daripada jalan yang sebenar lalu menghukum bid’ah
perkara yang tidak dikatakan bid’ah oleh seorang alim sebelumnya, dan
jadilah membid’ahkannya itu, sebagai perkara yang menakut-nakutkan umat
Islam daripada mengerjakannya.”
TARIKH KELAHIRAN NABI S.A.W.
Telah
berlaku perselisihan Ulama’ pada menentukan tarikh kelahiran Nabi
s.a.w. kepada tujuh pendapat. Pendapat yang terlebih masyhur daripadanya
:-
1)
Hari kelahiran baginda pada 12 Rabiulawal iaitu pendapat Mohd Ibnu
Ishaq Naisaburi dan lainnya. Berkata Ibnu Katsir, “Pendapat ini masyhur
di sisi kebanyakkan ulama’ dan dipegangi oleh ahli Makkah sejak dahulu
hingga sekarang pada waktu menziarahi tempat kelahiran Nabi s.a.w.
Mendakwa Ibnu Jauzi dan Ibnu Jazar dengan ijmak , iaitu ijmak
kebanyakkan atau ijmak perbuatan, kerana salaf dan khalaf bersepakat
atas amalan Maulid dan menamakan hari kelahiran baginda pada hari
tersebut di setiap negeri, sehinggakan di Makkah, tempat kelahirannya…”
2)
Berkata kebanyakan Imam-Imam yang menghafal hadis iaitu ulama’ yang
terdahulu dan lainnya, bahawa ianya hari kelapan Rabiulawal.
Berkata
Syeikh Yusuf Ibnu Ismail Annabhani, “Tetapi, pendapat yang pertama itu
masyhur di sisi jumhur ulama’ dan ianya pendapat yang sahih, yang mana
dipegangi oleh ulama’ salaf dan khalaf, maka diatas pendapat inilah yang
dipegangi.”
Wallahua’lam …
thanks, tambah pengetahuan umum.. :)
ReplyDeletemost welcme... kopi n pasta je pun..hihi
ReplyDelete