Thursday, August 23, 2012

Hati-hati Merisik


"Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan  pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada standard dia. Terer  Abi, kan Haura'?!"

 
Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.
Macam-macam cara merisik.
Ada orang yang menghantar spy.
 Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam...dan ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. Kreatif!
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.
Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.
Ikuti teladan  betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
            Umar               : Adakah kamu mengenal orang ini?
            Sahabat           : Ya.
Umar               :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
            Sahabat           : Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
            Sahabat           :Ya.
            Umar               :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.
 
From blog Fatimah Syarha

Wednesday, August 8, 2012

Kisah Hati


Kisah hati siapa, ya? Ia langsung tiada kaitan dengan cinta kaum Adam dan Hawa. Sebaliknya, cinta kepada Allah melalui aqidah yang mantap, ibadah yang berkesan, dan akhlak yang soleh dan terpuji. Ini juga dikatakan CINTA. Cinta yang abadi antara hamba dan Penciptanya.
Gabungan ketiga-tiga (aqidah yang mantap, ibadah yang berkesan, dan akhlak yang soleh dan terpuji) inilah yang menjadi tunjang dalam membentuk peribadi muslim yang unggul - yang melahirkan keindahan Islam melalui perwatakan dan sahsiah yang baik yang ditunjukkan oleh individu muslim.
Ya, KISAH HATI. Kisah hati seorang insan bergelar muslimah yang hatinya telah disentuh oleh seorang muslim yang hanya tahu bermain dengan kata-kata. Tetapi Allah amat menyayangi dirinya dengan membuatkan dia sedar bahawa ini bukanlah yang dinamakan cinta yang abadi. Bukan ini yang digariskan oleh Islam.
"Ana dah jatuh hati pada enti.."
Siapa sangka ayat yang sengaja dibuat-buat itu membuatkan hatinya tercuit. BENAR. Hati seorang perempuan mudah disentuh, mudah dilenturkan. TAPI jangan kalian yang bergelar lelaki lupa bahawa kami sentiasa ada Allah yang menjaga kami, yang mengawasi setiap tindak-tandukmu, yang sentiasa mengerti isi hatimu.
Rupa-rupanya, ada kekurangan pada ayat itu yang membuatkan kami tahu bahawa ini bukanlah cinta yang sebenar yang indah.
"Ana dah jatuh hati pada enti...DAN mahu menjadikan enti sebagai isteri."
JANGAN dilafazkan kata 'suka' kalau masih belum bersedia. Kalau hanya sekadar 'suka-suka'. SOAL HATI bukanlah mainan. Hati yang dimiliki ini juga memiliki kekurangan, kecacatan.
Bukan harta yang dicari dan bukan rupa yang didambakan. Tetapi akhlak yang soleh, keikhlasan dan kejujuran yang diidamkan. BERILMU dan BERAKHLAK mahmudah, sungguh indah sekiranya dipadankan.
Sudah cukup Allah bagiku. Terasa indah setiap kali bersamaNya. BENAR. Cinta Allah, jelas diperlihatkan olehNya. Nikmat hidup, sihat, iman dan Islam, tanda Dia sayang pada kita.
Tetapi cinta manusia, belum tentu jelas terpampang di hadapan mata. Pengorbanan dan kesetiaan seringkali hilang dalam sesuatu perhubungan. Tetapi tidak seperti Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Tidak seperti Yusuf dan Zulaikha. Apatah lagi tidak seperti Nabi Muhammad dan Saidatina Khadijah. Pengorbanan, kesetiaan dan kejujuran sentiasa menghiasi mereka. Sungguh INDAH Islam mengatur perjalanan hidup mereka.
Oleh sebab itu, jangan sesekali melafazkannya kalau kalian tidak bersungguh-sungguh untuk memiliki. Kerana hati mereka sungguh tulus dan ikhlas dalam mencintai dan mengasihi dan sentiasa dipelihara oleh Allah.
- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Nur Adilah bt Mohd Zaidi berasal dari Pulau Pinang dan berumur 19 tahun. Beliau menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Farmasi Beliau berkongsi karya di http://serikandislam.blog.com/

Friday, August 3, 2012

siapa pemilik hatiku....

Dilangit takdir-Nya sudah tersurat, dan dibumi janji terikat..jika ia sudah dinamakan takdir, maka biarkanlah DIA yg menentukannya...bila brbicara soal jodh, aku lebh memlilih utk menanti, brdoa dan berharap kepada-Nya..xperlu mncari, bila sudah masanya, ia akan dtg sndiri melamr hati dgn cara yg terhormat.... siapa yg tdk cmburu, melihat shabat2 seperjuangn yg sudah bertemu si pemilik cinta, nmun aku tahu, ketentuan-Nya adalah yg terindah.. aku lbh bahagia melihat org2 sekelilingku bhagia dgn cinta yg dimilikinya dr aku merasai sndiri..krn trkadang melihat org2 yg aku syg bahagia, aku turut mrasa bahang kebahagiannya... maka dgn itu jgn ditanya tentng jodh, krn jawapanku tetp sama, krn belum sampai masanya, krn Allah belum menginginkan utk aku bertemu sang pemilik hati..mungkin saja dia masih brsiap sedia utk datang menyunting aku sbagai pelengkap tulang rusuknya..mungkin saja Allah menginginkan aku utk trus brusaha mmperbaiki diri dan mnyiapkn diri utk mnjadi seorang zaujah yg taat. mungkin jodh ku telah dtakdirkan bersatu di atas dunia, dan mngkin jodhku telh tertulis di akhirat sana..semua itu rahsia Allah...utk waktu ini, cukuplah bgiku cinta Allah swt..^_^