Friday, January 27, 2012

Kesabaran Teruji


something happened...so sad to story bout...bl dtuduh tnpa bukti.huhu mngkin beginilah kowt prasaan org lain yg prnah merasai sperti aku skarang..marah, geram, bnci, semua mnjadi 1..but we learn how to be more patient actually. bl trpaksa menhan perasaan.. akhirnya trluah pd temn2..meletup! huhuh rasa tu tramat puas bl dpt luahkn n then perasaan dh kmbali tenng n just frget n ignore it..wlaupn prasaan tu mncalar sekeping hati...ye la, malu giler..memng aku xtahu nk sorok kt mne muka yg trlindung dsebalik cadar nih..nasib baik pakai nie..klu x, aku xtahulah...rasa maruahku trcalar...hmmm ya Allah dat's time i feel wanna to cry...yup, mgkin aku bolh terima klu 'sound' aku bukn tmpt org ramai..butt??????????? ya..mgkin aku xprlu ambik pndangan org ape tantang aku..tp sebagai seorng manusia..aku brperasaan...yah..mybla kowt dia xperasan....ntahla...huhu biarknlah....tomorrow. i hv a submission n alhmdulillah semunya already cmpleted...
      one more thing yg aku rasa nk ketawa giler..ntah dtg dr planet mne, jatuh dr lngit mne ntah, tetiba someone ni msg aku..dgn slamber nyer bg aku soklan lawak 'klu sy lamar awk, awk terima x?' igt ni novel ke ape? klu stakt nk wt drama len citer.ni realiti ok...hei, dia ni msti trlmpau byk tgk cite nih...dh tu mngakula plak kami ni penh kenl sbelum nie..tp aku xigt pn dia..stahu akula, mne de kwn aku nm cm dia...dunia ni semakin pelik kowt..klu nk sgt, pergi la rumah..tnya my mom...tanye aku wt pe, ofczla aku akn ckp, no! (kang p btol2, mati aku..nmpk cm rumh dia dh dekt ngn kg aku tue..oh tidakkkkkkk..huk3) tp smalam aku xbals pape pown...macho ke cm tue?huhu..nk kawen sgt kowt smpai dh xpndang org kiri kann.. klu btolla, cari je lh og lain..aku nie xsebaik yg dsangka..indah khabr dr rupa????boleh ke guna ayt tue?wateverlah..but semua manusia punya kkurangn tp aku rs dia trlalu baik kowt.tu ikut firasat aku lah..huhu actually aku de 'suami angann' aku..antaranya..jeng3..hehe......1st, xtau r aku suka lelaki yg pndai msk..sebb laki nmpak great jer bl mask..thn, aku leh blajr msk ngn encik husbnd..wah, kn romntik tue...pahala2..heheh klu kawan2 aku xsuka lelaki yg brkulit cerah, tp aku lain, aku suka..ntahla, dorang pndang laki brkulit putih nie cm pondan..nak2 yg keriding..tp aku wlaupn trkadang aku rasa cm tue, tp ntahla aku suka jer, nak2 bl laki tu brkaca mata...bermata sepet n pemalu..hah, yg aku pling suka..pemalu..ntahla aku suka tgk lelaki pemalu..lbh2 lg lelaki yg suka budak2..bl dia main ngn budak2, dukung budak2, aku rasa dia lbh cute dr budk tue..nmpak sift kasih syg...hehe but tue semua hnya hayalan semata..xsemua apa yg kita harap, kita akn dapt...yg penting lihatlah pd agama..pd akhlaknya...dimana dia meletakkan agama dlm hidupnya....itu y betolnya..^_*

Wednesday, January 25, 2012

Zuhud




 
memang xdinafikan ada dikalangan masyarakat yg belum mengerti apa itu zuhud...ini adalah sedikit pengetahuan tentang zuhud hasil dari tesis yang telah sang pena selesaikan sewaktu belajar di international Islamic College, Nilam Puri 'Zuhud Menurut Perspektif Imam al-Ghazali dan Ibnu Taimiyyah' semoga bermanfaat utk kita semua.


Maksud Zuhud

Menurut Imam al-Ghazali Zuhud adalah mengurangi keinginan kepada dunia, dan menjauh daripadanya dengan penuh kesedaran. Imam al-Ghazali menyimpulkan zuhud itu sebagai suatu keputusan untuk membanteras jiwa dari segala rupa kesenangan sambil melangkah kepada yang lebih baik, iaitu dengan meninggalkan yang tidak baik kepada yang lebih baik.
 
Tingkatan Zuhud
Ada beberapa tingkatan zuhud sesuai dengan keadaan setiap orang yang melakukannya, iaitu:
  1. Berusaha untuk hidup zuhud di dunia; sementara ia menghendaki (dunia tersebut), hati condong kepadanya dan selalu menoleh ke arahnya, akan tetapi ia berusaha melawan dan mencegahnya.
  2. Orang yang meninggalkan dunia dengan suka rela, kerana di matanya dunia itu rendah dan hina, meskipun ada kecenderungan kepadanya. Dan ia meninggalkan dunia tersebut (untuk akhirat), bagaikan orang yang meninggalkan wang satu dirham untuk mendapatkan waang dua dirham (maksudnya balasan akhirat itu lebih besar daripada balasan dunia).
  3. Orang yang zuhud dan meninggalkan dunia dengan hati yang lapang. Ia tidak melihat bahawa dirinya meninggalkan sesuatu apapun. Orang seperti ini bagaikan seseorang yang hendak masuk ke istana raja, terhalangi oleh anjing yang menjaga pintu, lalu ia melemparkan sepotong roti ke arah anjing tersebut sehingga membuat anjing tersebut sibuk (dengan roti tadi), dan ia pun dapat masuk (ke istana) untuk menemui sang Raja dan mendekatinya. Anjing di sini diumpamakan sebagai syaitan yang berdiri di depan pintu (kerajaan/surga) Allah, yang menghalangi manusia untuk masuk ke dalamnya, sementara pintu tersebut dalam keadaan terbuka. Meskipun roti diumpamakan sebagai dunia, maka barangsiapa meninggalkannya nescaya akan memperoleh kedekatan dari Allah.
    Hal-hal Yang Mendorong untuk Hidup Zuhud
    1. Keimanan yang kuat dan selalu ingat bagaimana ia berdiri di hadapan Allah pada hari kiamat dan mempertanggung-jawabkan segala amalnya, yang besar maupun yang kecil, yang terlihat ataupun yang tersembunyi. Ingat betapa dahsyatnya peristiwa datangnya hari kiamat kelak. Hal itu akan membuat kecintaannya terhadap dunia dan kelazatannya menjadi hilang dalam hatinya, kemudian meninggalkannya dan merasa cukup dengan hidup yang sederhana.
    2. Merasakan bahawa dunia itu membuat hati terganggu dalam berhubungan dengan Allah, dan membuat seseorang merasa jauh dari kedudukan yang tinggi di akhirat kelak, dimana dia akan ditanya tentang kenikmatan dunia yang telah ia peroleh. sebagaimana firman Allah dalam surah (A-Takaatsur 102:6)  
                Maksudnya:
    6. (ingatlah) Demi sesungguhnya! - kamu akan melihat neraka Yang marak menjulang.
    Perasaan seperti ini akan mendorong seorang hamba untuk hidup zuhud.
    3. Dunia hanya akan didapatkan dengan susah payah dan kerja keras, mengorbankan tenaga dan pikiran yang sangat banyak, dan kadang-kadang terpaksa harus bergaul dengan orang-orang yang berperangai jahat dan buruk. Berbeza halnya jika menyibukkan diri dengan berbagai ibadah; jiwa menjadi tenteram dan hati merasa sejuk, menerima takdir Allah dengan tulus dan sabar, ditambah akan menerima balasan di akhirat. Dua hal di atas jelas berbeza dan (setiap orang) tentu akan memilih yang lebih baik dan kekal.
    4. Merenungkan ayat-ayat Al-Qur’an yang banyak menyebutkan tentang kehinaan dan kerendahan dunia serta kenikmatannya yang menipu (manusia). Dunia hanyalah tipu daya, permainaan dan kesia-siaan belaka. Allah mencela orang-orang yang mengutamakan kehidupan dunia yang fana ini daripada kehidupan akhirat, sebagaimana dalam firman-Nya (Annazi’at, 79: 37-39)  
                Maksudnya:
    37. Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang Yang melampau (perbuatan derhakanya), 38. Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, 39. Maka Sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
    Dalam ayat yang lainnya Allah berfirman, (al-A’laa 87: 16-17)
                Maksudnya:
    16. (tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan Yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; 17. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
    Semua dalil-dalil, baik dari Al-Qur’an maupun as-Sunnah, mendorong seorang yang beriman untuk tidak terlalu bergantung kepada dunia dan lebih mengharapkan akhirat yang lebih baik dan lebih kekal.


Sunday, January 22, 2012

Taktik Yahudi Laknatullah


Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!


Wednesday, January 18, 2012

nurkilanku


dah lame x menulis..malam ni rasa nk try mencoret secebis ilham...



















Bismillahirrahmanirrahim..
.
saat sang bulan menjelma
terpaku aku melihat indah cahayanya
gemersik hati pun berseru
Allahuakbar, tiada kuasa selainMu
merenung ke dalam diri
hamba hina penuh dosa mengotori
tika hadir penyesalan dilubuk hati
memohon ampun drMU ya Rabbi
seandainya dibanding segala dosa2ku
xterbnding nikmat kurniaanMU
hamba yg tdk merasa malu
dlm merasa nikmat anugerahMu
ya Ilahi...aku igin kembali
pd fitrahnya insani
ku ingin menyintaiMu dlm hatiku
walau mgkin xsesempurna kekasihMu
namun aku ingin terus mncoba
mencintai utk seluruh hidupku dan matiku 
hanya utkMU
ya Allah, ampunilah segala dosaku
sucikanlah diri ini dr cinta nafsu
pimpinlah setiap langkah perjalananku
agar ku layar nakhoda dunia dgn syariatMu
utk menempuh akhirat tempat pengakhiran hidupku.... 

my inspiration by Cahaya Fatihah
 

Cinta High Class


 
article ni aku copy dr blog Fatimah Syarha..so nice to read it..^_^
 
Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.

Err, apa itu cinta high class?

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,
Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,
Cintamu bermujahadah menahan nafsu.

“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (HR al-Tarmizi).

Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.
Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.
Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class.  
Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah.  Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.
Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.
Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. 
Kenapa ianya high class?
Itu tanda patuhi Allah.
Itu tanda jauhi fitnah.
Itu tanda sebuah mujahadah. 

Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’ (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).
 

Saturday, January 14, 2012

S~N~R



 
ramai member2 tanya pe maksud SNR? haha 3 huruf ni aku slalu tulis dlm diari n note aku masa aku high school lg..mmber2 slalu tanye, pe mksud SNR?..tp aku xpenh ckp...huhu sebenarnya SNR buknlah de mkna nama sesapa pn, cuma dia ade mksud yg trsendiri..aku xtaulah, aku xleh lupa 3 huruf  mewakili 3 prkataan ni...sebenarnya ia tercetus sbb masa tu aku penhla jatuh suka kt seseorng..hehe ah, tu cite lama...zamn dulu kala..hehe masa tu memng xmatang..huhu SNR tu sebenarnya bermaksud SETULUS NUR RINDU..Rindu yang sejati...yg tiada penghujung..pd sape? seseorng yg aku tunggu hingga ke saat ini..seseorng yg dtakdirkan utk aku..imamku...rndu ini seperti sungai Nil, walaupn ada pasang surutnya, namun ia tetap mengalir deras hingga ke saat ini..^__^
 
saat sang cinta datang menghinggapi taman hati, terpaku diriku pada seraut wajah yang samar2 hadir dalam mimpi, terkejar-kejar sang rindu melewati, bergulir di waktuku yg berlalu bersama rindu yang belum terubati.. kelmarin yang ku tinggalkn dengan harapan tersimpan, masih tegar tersemat impianku semalam, dan hari ini ku bawa ia ke hari esok dan akan datang, sehingga ia menjadi suatu kenyataan, demi sebuah pertemuan yg ku impikan..

Thursday, January 12, 2012

CiNtaku PAdaMu bAGaiKan HuRuF-huruF yanG tErPatri di sEtiAp hElAiaN KiTAB.."


(˙˙●., ♥ Hatiku seperti buku ,,.Di halaman pertama aku tulis nama Tuhan dan orang tuaku, krn tnp mereka-- aku tak ada di dunia ini...
♥ Dihalaman selanjutnya aku tulis nama teman temanku, krn mereka sangat berarti buatku
♥ Lalu kubuka sampai bagian tengah, kutulis nama orang yg prnh menyakitiku-- krn bagian tengah mudah disobek dan dibuang..
♥ Dan halaman terakhir ku tulis namamu, krn kamu akan menjadi seseorang yg sangat berarti selamanya dan sampai akhir cerita buku kehidupanku..
(˙˙●., ♥♥♥♥♥ ,.●˙˙)
  
aku xtahu siapa 'dia' yg akan ku tulis di halaman hatiku yg terakhir..jika dia adalah halaman tengah yg telah aku buang, maka tiadalah lg selepasnya sehingga datangnya seseorang yg datang dihadapan imam dan mengungkap akad dan janji setia. aku masih mananti dgn setia..dan aku hanya ingin setia dgnnya..walaupun aku xtahu siapa dia..

 "disini pernah ada rasa simpati
disini pernah ada rasa mengagumi
 rasa ingin memilikimu
memasukanmu ke dalam hati ini 
menjadi penghuni..
mencoba berlindung dibalik fitrahnya hati 
untuk mencari kebenaran diri
namun ternyata semua hanya permainan nafsu
untuk memburu cinta yang sumur
aku tertipu...
Tuhanku...berikan ku cinta yang KAU titipkan
bukan cinta yang pernah ku tanam.."

kau adalah kenangan dan 'dia' adalah kenyataan...untuk mendapatkan yg soleh, aku harus berusaha untuk menjadi yg solehah..aku setia menanti..antara aku dan dia, doa sebagai penghubung...aku belajar dari kesilapan dan aku xigin mengulangi lagi..aku pernh jatuh dan kelelahan, dan aku harus bangkit...semua tu mengajarkan aku cinta xsemestinya memiliki...Allah memberi apa yg kita perlu, bukn apa yg kita mahu..DIA yang tahu siapa yg selayaknya utk aku...aku setia menanti pada seseorang yg telah tertulis namanya di loh mahfuz utk ku..jika tidak didunia, aku yakin di syurga kelak akn bersama....yg penting cinta yg hadir bersama redhaNya..cinta kerana Allah..

♥ Jarak paling JAUH antara diriku &dirinya adalah saat dia diHADAPANKU tapi dia BUKAN MILIKKU..

♥ Jarak yg PALING DEKAT antara diriku & dirinya adalah saat dia menjadi yang HALAL untukku..

♥ Dan HAL yang dapat MENYATUKANNYA adalah CINTA karena Allah dalam IKATAN PERNIKAHAN yang INDAH & DIREDHAI olehNYA..

aku xkan pernah berhenti untuk menantikan 'dia'..'dia' adalah org yg akan menjadi imamku nanti, 'dia' lah yg akn memimpin tgn ini menuju jalan redhaNya..'dia'lah yg akan memberikan perasaan  selamat bl bersamanya..'dia'lah yg akan bersama2 mngayun smpan utk ke pulau bahagia yg kekl abadi..ku tunggu lamaran si dia.....yg kuharap bukn putra raja, bukn kaya harta, bukn juga elok paras rupa, tdk juga yg sempurna sift jasmaninya..cukplah bagiku insan yg biasa, yg sedap dipandang mata, yg sederhana hidupnya, yg sempurna sifat rohaninya...dan yg kuat semangt jihad pada agama...
"salam cinta yg belum bersambut lagi, ku elus lembut rindu yang meyelubungi hati, angin yang membawa tanpa arah yang aku sendiri x pasti, ke mana ia pergi membwa doa kudusku kala dinihari, dalam mujahadah cintaku merintih sunyi, menanti akad yg disambut dengan tulus suci.. duhai mujahid yg tercipta untukku, tidakku tahu siapa dirimu, dimana kamu, dan seperti apakah dirimu, namun tetap ku tunggu kau datang singkapi rindu dalam simpuln janji ini, mengikat cinta agar terpatri redha Ilahi, menuju kehidupn yg diberkati, demi mencari ketenangan hati.."

wahai cinta, jangan kau terlalu menguji dgn panahan nafsuku, jgn kau uji dgn keinginan hatiku semata...dtglah cinta saat kau bersedia menerima arahan dr Tuhanmu, dtglah kau menghuni hatiku saat ia benar2 halal utkku sematkan dengan setulus hati..bersimpuhlah disitu dgn tawadduk dan pengabdian kepadaNya..datanglah kau cinta saat DIA benar2 redha utk kau sentuh hati dan perasaanku ini..akan ku sambut dgn seikhlasnya, menerima apa adanya tentang dirimu wahai cinta..dtglah mmbawa rindu utk terus belayar hinga ke muara yg kekal abadi...bawalh cinta brsamamu sebuah kasih yg suci yg membawa kita hingga ke syurgaNYA...tahukah kau cinta?
"aku ingin menjadikan 'kau' sesuatu yang sukar untuk aku perolehi, kerna yang 'sukar' itu memerlukan kesabaran..kerna yang 'sukar' itu selalunya sangat tinggi tempatnya dan sangat berharga nilainya..kerna yang 'sukar' itu terlalu istimewa" 
tahukah kau cinta? yg 'sukar' itu adalah kau...cinta yg dianugerahkan olehNya..cinta yg bersulamkan redhaNya..aku memerlukan kesabaran utk memiliki'mu', aku perlu menjaga hatiku utk mendapatkan 'mu'..aku perlu menganyam rindu dgn keimanan dlm penantianku terhadap'mu'...menanti saat kau melafaz sakinah.."uhibukifillah"..

wahai cinta... Aku ingin mencintaimu dengan sederhana… Seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu… Aku ingin mencintaimu dengan sederhana… Seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada..(。◕‿◕。) *.¸.*(¯`v´¯)
cinta..aku tunggu diri'mu' bersama2 doa kudusku... 




Monday, January 9, 2012

★•.•´¯`•.•★Perjuangan★•.•´¯`•.•★



 


"Jika PERJUANGAN ini adalah udara yang terhembus pada setiap saat dan ketika, Maka jagalah ia agar tetap terhirup dan terus bernafas kerananya. Jika PERJUANGAN ini adalah pedang2 yang siap sedia dihunuskan, Maka jadilah pahlawan2 yang akan memainkannya di medan tempur. Jika PERJUANGAN ini adalah jalan yang panjang, Maka janganlah berhenti sebelum kita ketemukan penghujungnya yg bercahaya. Jika PERJUANGAN ini adalah bunga, Maka tebarkanlah rekahnya agar ia terus menebarkan wangian ke seluruh pelusuk dunia."

Dalam perjuangan kita menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, kita takkan pernah berhenti dan takkan sunyi daripada menerima pelbagai ujian dan cabaran. Syaitan juga takkan pernah berhenti utk menghasut dan menyelewengkan hati-hati kita daripada kebenaran. Tapi dengan keimanan dan keyakinan yang tinggi dengan janji2 ALLAH "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." ~al-an'am:153~
Jangan sesekali kita berputus asa dgn PERJUANGAN ini.Kuatkanlah azam dan semangat kita untuk meneruskan PERJUANGAN ini. Ayuhlah kita bersama bersatu. Rapatkanlah saff. Gandakan dan tingkatkanlah usaha kita serta Bertawakkallah kepada ALLAH. Insya ALLAH KEMENANGAN pasti menjelma. ALLAHU AKBAR!!!

Friday, January 6, 2012




 
Hakikat Takdir..DR.Maza



terimalah dengan hati yg terbuka setiap apa yg tlah dtentukan olehNya..berlapang dadalah..setiap apa yg trjdi dalm hidup kita, suka atau duka, pahit atau manis...jatuh atau bangun..semua tue buknlah sia2 melainkan ada hikmahNya yg trsembunyi buat hamba2Nya...Aadakalanya Allah menguji kita bertemu dgn org yg 'salah' sebelum kita brtemu dgn org yg 'betul' utk kita..dan semua tu buknlah sia2..jk kita kecewa dgn tkdir yg mnimpa, Allah lg kecewa dgn diri kita jk kita tdk ingin menerima ketentuanNya..Allah mmberi apa yg kita perlu, bukan apa yg kita mahu..kita harus akui, adakalanya kita tertipu dgn perasaan kita sndiri..walaupn kita mrasakan bahawasanya prasaan itu tulus, suci dan ikhlas..jika kita yakin prasaan itu dtg dr Allah, maka biarlah Allah yg mnjaganya sebelum sampai saat utk kita genggam dgn kkuatan kita..Allah lebih tahu apa yg trbaik buat hamba2Nya..jika kita mngharap yg soleh/solehh utk kita, maka kita dahulu prlu brusaha mnsoleh/solehhkan diri kita..buknkh ALlah telh brfirman dlm surah annur'..llaki yg baik utk prempuan2 yg baik dn sebaliknya...usahlah kita ragu dgn ketentuan Allah...brlapang dadalah..hanya itu pngubat dr segala kekecewaan yg hadir dlm ht kita...Allah telh tentukn jodh masing2..utk apa kita mnangisi sesuatu yg bukn milik kita?seandainya benr kita mmng brjodoh ddunia, Allah pasti akan mmpertemukan dan mnyatukan dgn jodh kita..usah ragu...jk benr ign mncari cinta, carilh dgn cara syariat, krn itulh jalan hasanah, krn itulh ajaran Rasul kita..jk kita jatuh cinta sebelum 'masanya' jgnlah terus meletkkn dilubuk ht,krn andai org yg kita harpkn bukn dtakdirkn utk kita, kelk nnti kita yg akan kecewa..serhkanlah kpdNya..biar DIA yg mnntukn...serhkan hati kpdNya, insyaAllah DIA akan serhkan pd pemilik yg trbaik utk kita...carilah cinta yg diredhaiNya...carilah cinta yg mnjadikan kita semakin cinta kpd Allah dan RasulNya..cinta yg mnaikkan semangt perjuangan..  
 
~~ ♥♥♥"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, Nescaya rasa Cinta itu akan
 
ALLAH tanamkan dalam diri kita ..
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi men'solehah'kan diriku..

Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahan mu..

Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri "Wanita yang Solehah untuk Lelaki yang Soleh"~~ ♥♥♥
"Dilangit takdirNya telah tersurat, dan dibumi janji terikat" Imran Jazimin ~ Mengintai Cinta Khalifah~

Menempuh Ujian

 
next week akn menempuh final exm...tp aku xrase pape pn...ntahla, perasaan masa kt KIAS dulu ber berbeza sgt..ye lah..kat cni final pn cm biaser jer...nk mniru tu prkara biase.dlm clas siap leh bwk hp, nota, buku, beg sume...peraturan xketat,,,dh la kadang2 xde sape jaga pn dlm clas..palk tu dok dekt2 jer...jauh brbeza ms aku kt KIAS dulu..time final, jgn harp bolh buat cm cni...every student msti exm dlm hall..dh 2 kene duduk jauh2..meje, kerusi semuanya dh disusun teratur...b4 msuk dlm hall, make sure dulu pakai kasut,yg wajib bwk dlm tu only slip exm, matrix card, n jgk alt tulis...hp, beg, buku semua dilarang sama sekali! dh la 2,3 org yg jg dlm tue...ckp ckit je, hmmm nntilah...tryla bwk note klu nk mampus...memng ketat..huhuh tp kt cni, rilek je semua tu..mcm xambil kesh pn..tu yg aku rasa wondered ckit tuh..huhu buat cm nie memng mnguji keimann aku dlm exm..ye r, of cz ckit2 bley nk jeling2 mmber2 sbelh..keh3 adoi...aku xpenh2 mniru stiap kali finl exm..klu kt KIAS dulu, time finl lah tensen giler..ye lah...nk kene hafal semua madah 2..dh blajo dlm bhs arab....smpai tdo pn xcukup...wajib pekena radix coffee,,klu x, mengntoklah ambe...kadang2 smpai nk trjeluak sebb overdose mnghafal...hai, tensen tahap kritikl..nasib baik malam2 de jgk org nk hiburkn diri...ye r, brsyukur de mmber yg 'giler2 ckit'...huk3 ade jer dia nk wt bnde yg mnggelikan hati..ade tu dia joget hindustanlah..wat free show...xkene bayor pn..kui3 kadang2 dia mnghafal tp brlagu hndustan...memng peliklah minah nieh...kitorng ahli blik ketwa jer...tahnla ckit tensen..hi3 tp kt cni lain plak..xrasa cm exm pn...dh tue plak, ikut dosen nk wt bl.. hai mnguji kejujurn dn keihlasan sungguh!huhuh pe pun kpd sahabt seperjuangn, xkirelah dimana dimana pn, yg akn mnghadapi imtihan..bittaufiq wannajah fil imtihan...jgn lpe usaha+doa+tawakkal...insyaAllah peroleh kejayaan yg diharapkan..ape2 pn kita study bukn hnya utk mndapat A,@ pointer yg tinggi...tp niat utk mnimba ilmu itu lbh dr segalanya,..apa gunanya mndapat pointer tinggi tp dlm jiwa, kosong! hnya di paper semata2..xguna jgk ade ilmu tnpa beramal...ilmu itu di dalm qalb, bukn di buku semata2...selamat berjuang!
 

Thursday, January 5, 2012

Surat Cinta buat Adamku...♥♥♥



═══════ ● ═══════★★═══════ ●● ═══════★★
Adamku,
Kau mengimamilah solatku setiap waktu
Akan aku aminkan doamu agar kelak luas Syurgaku

Adamku,
Bangunkanlah aku bertahajud bersamamu
Agar nanti kita diberkati ya Rabbi

Adamku,
Ajarilah aku mengalunkan Kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah
Agar hidup kita penuh berkat

Adamku,
Khabarkanlah padaku tentang fardu-fardu yang patut aku ketahui
Ajarilah aku menjadi isterimu yang solehah
Moga aku hiasan terindah dalam hidupmu.
═══════ ● ═══════★★═══════ ●● ═══════★★