Monday, July 22, 2013

Kursus Pengabdian Masyarakat (KPM) / Praktikal




Juz wanna share my experiencs... :D enjoy my pictures! (xoxo)

















Thursday, April 18, 2013

SABAR ITU INDAH


hari ni aku belajar... utk lebih bersabar dan berhati-hati.. dua prkara yg brlaku dlm hari sama.. malang sungguhkah aku hari ni? sudah takdir Allah... aku melalui dua kesedihan... tak mengapa, Allah sedang mnguji aku. pertama, aku kt P2M di Biro Akademik utk mngetahui Praktikal aku diluluskan.. dengan keyakinan dan harapan, aku bersama2 sahabat ke sana.. sudah perancangan Allah, aku serta beberapa orang sahabt tidak diluluskan tetapi masih dalm cadangan.. pada mulanya, sukar utk menerima.. trasa tidak adil.. nmun jauh di hati, aku cuba redha dengan ketentuan-Nya... DIA lebih tahu apa yg trbaik buat hamba-Nya... aku cuba brsabar dan  berlapang dada.. xmengapa, harapan masih ada.. aku tetap brdoa dengan penuh pengahrapn, moga aku masih ada peluang utk praktikal atau KPM semester ini jgk. moga kami masih diberi kesempatan utk turut serta.. in sha Allah... yg kedua, aku dan kawan aku membonceng motosikal ke tempat perawatan bekam... memndang kan ini pertama kali aku membawa motor sejauh ini, aku cuba beranikan diri dan bertawakkal kepada Allah.. alhmdulillah selamt pergi dan kembali... hebat jgk aku nieh..huhu yg xbestnyer bila swaktu perjalanan pulang, aku brhenti d trafic light, u turn di situ.. sedangkan disitu menjadi kesalhn bila u turn.. sungguh aku xtahu, n aku xnampak pun polis di pondok tepi jalan.. Allahuakbar.... rp 150,000 melayang cm tu jer.. tp syukur, kami tdk dibawa kebalai... masih tetap cuba bersabar dan terima hari ujian ini dgn keikhlasan.. pelajaran utk aku... lepas ni aku akn berhati2... ape2 pn, setiap yg trjadi ada hikmah-Nya... Allah ingin menguji setiap hamba-Nya.. jangan berburuk sangka pada-Nya... mungkin yg trjadi krn dosa kita, mungkin krn ingin menguji kesabaran dan keimanan kita.. sentiasa bersyukur kepada-Nya.. Allah xpernah menzalimi hamba-Nya, tetpi kita yg sentiasa mnzalimi diri sendiri... Hasbiallahu wani'mal wakil.....

Tuesday, April 16, 2013

PERMAI '13 (Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh)

Alhamdulillah, pada tnggal 14/04 selesailah program berbentuk motivasi yang di cnduct oleh Us Syaari Ab Rahman. PERMAI adalah sebuah program yang menyatukan seluruh pelajar Malysia seindonesia di bawah satu bumbung. program ini berlasngsung selama 3 hari... pada mulanya hati ini sungguh berat utk mngikuti... banyak bnda yg difikirkan.. tesis, komprehnsif... arghhh mmbuatkan hati aku resah gelisah.. 3 harri bagaikan lamanya berminggu.. kerungsingan melanda diri.. memndangkn diri ini telh ditaklifkn sebagai timb. KD Pengangkutan & Logistik, apatah lg sebagai exco persatuan, aku diwajibkan utk mnghadiri program nini.. walaupun berat hati, tp aku lalui jua. Namun sangat bersyukur, progrm ini buknlh progrm biasa, tp banyak mmberikan aku motivasi yg sangat bermkna. Mendengar pencerahan jiwa dari Us Syaari tentang ibrah dari pahlawan Sultan Muhammad Al-Fatih, sangat mmberi kesan pd jiwa ini.. ya, Sultan Muhammad Al-Fateh buknlah calang2 pemuda, beliau adalh si penakluk Konstantinopel.. seseorang akan berjaya dengan berusaha bersungguh, xpernh give up walaupn berkali trjatuh, dan meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah.. begitulah Sultan Muhammad Al-Fateh, hanya kerana satu hadits, beliau begitu bersungguh-sungguh berjuang kerana-Nya.. tp diri kita? apa yg tlh dijuangkan utk Islam..???? tepuk dada tanya iman kalian..
kerana program ini, telah mempertemukan aku dgn ramai kawan baru dari berbagai negeri.. walaupn baru kenal xsmpai satu hari, kami sudah mmpu bergurau senda dan bertukar cerita tentang diri masing2 dan tempt masing2.. pntasnya terbina ukhwah... walaupn banyk kekurangan fasilitas, tp kami masih mmpu tersenum dan bersenda gurau.. melalui selama 3 hari berprogram dengan kesyukuran... aku terfikir akn firman Allah swt dalam surat Al-Baqarah:216 " dan boleh jadi kamu benci akn ssuatu, sedng ia lbih baik bagimu dan bolh jadi kamu kasihi ssuatu, sedng ia melarat kepadamu. Dan Allah mngetahui, tetapi kamu tiada mengetahui." benarlah... dari dahulu lagi aku xsuka brpesatuan, ke progrm2 yg dianjurkan.. tp aku xtahu kenapa aku sntiasa dilibatkan diri dalm perkara seperti ini.. aku sntisa bertanya, kenapa mesti aku???? masih ramai yg layak dari aku.. aku xsuka, aku ingin lari... tp btolla, yg xsuka, lama2 mmbuatkn diri aku berjinak2 utk terima semua ini.. dan mmbuat jiwa aku berusaha utk menerima-nya.. semuanya buknlh sesuatu yg tdk baik, bahkan banyak mmberikan aku mnfaat. aku masih ingt kata-kata seorang murabbi suatu ketika dulu, beliau menegaskan supaya sntiasa mmbetulkan niat krn Allah Ta'ala.. sekalipun trpksa, harus pksakan... us Syaari sndri mngatakan dlm program PERMAI trsebut, utk mmbina habit yg positif, haruslh dgn mind set yg positif, melalui pksaan, dan pengulangan yg berterusn sehingga ia mnjadi habit yg positif dlm diri kita. aku sangat bersyukur krn Allah memilh aku salh seorang utk berada dlm program yg brharga ini... kenangan yg xkan ku lupakan... moga ukhwah kita bukn hanya setakat ini... pasti aku akn merindu kalian semua... :)

Wednesday, April 10, 2013

TREND 'TAQRABU AZ-ZINA (From Blog Fatimah Syarha)


Analogi Harimau dan Nyamuk

        Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!
Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.
       Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!
Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
        Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang? 
Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?     
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.
Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang. 
Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
عن الأغرَِِِبن يسار المزني رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : (( يا أيها الناس، توبوا إلي الله واستغفروه ، فإني أتوب في اليوم مائة مرة))(58) ( رواه مسلم)
“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: (( والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))(57) ( رواه البخاري)
“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)

Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah al-Isra’: 32).

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

            Sms tanpa  urusan, call tanpa urusan, datingtanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
            Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
Apa itu ikhtilat? 
 Ikhtilath ada maksudnya dari segi bahasa dan istilah. Dalam Bahasa Arab, ikhtilath sering dirujuk sebagai sesuatu yang negatif. Seperti perkataan khalwat umumnya difahami sebagai sesuatu yang negatif.
Sedangkan dari segi bahawa ikhtilat dan khalwat boleh membawa maksud yang negatif dan positif. 
Ikhtilat di sini bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Asal pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram.
Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia kurang disebut sebagai ikhtilat(walaupun dari segi bahasa sebenarnya boleh juga disebutikhtilat yang dibenarkan) sebaliknya disebutmuamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat  bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.
Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya, 
Dah makan ke? 
Tengah  buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa? 
Dah tidur ke?  
Adakah  ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih  tahu maksud dalaman.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah. 
Sabda Rasulullah SAW,
عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
Cinta Fitnah
            Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).
            Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”
            Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)

“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
          Soal cinta amat akrab dengan soal hati.  Oleh sebab  itulah hati perlu  berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta  dan sayang yang suci itu terheret  menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota  badan  seperti lidah,  tangan,  kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.    

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
            Ingat pesan Nabi,

فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
 (رواه مسلم والبخارى وأبو داود)
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil  sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan  sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan  terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

            Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
            Allah SWT mengingatkan kita,
الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)
“Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
            Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri.  Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.
            Sabda Rasulullah SAW,
  • عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)
  • Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)

Thursday, March 28, 2013

Tersedar... Teguran yg sangat bermakna


Bismillahirrahmanirrahim.. Alhmdulillah.. ucapan syukur ku pnjatkan kpd Ilahi di atas nikmt yg diberikan... dlm kehidupan aku, xpernah aku mrasakan sesuatu yg bisa mmbuat hati aku tersentuh yg trsngat mendalam.. aku sgt brsyukur... dan brterima kasih. teguran darinya yg sgt brmakna.. sekian lama aku mnnti, seseorang yg mnegur aku krn keihlasan, atas dasar dkwah dan trbiyyah.. sudah lama rasanya aku xmrasai semua ini.. hati aku yg kering seoalh dibasahi air keinsafan dgn kehadirannya yg sbenrnya tdk prnah trlintas di fikiran aku.. dia org yg prnah mnjadi kekaguman aku hingga saat ini.. dr dulu.. sekalipn aku tdk prnah mengenali dirinya scara baik dan dekat.. aku hanya prnah meliht dia beberapa seketika, dan sememngnya dia adalh org yg dikagumi, di hormati ramai org. aku sudh lama mnanti, hadirnya seseorang yg ikhlas utk mmperbetulkan diri aku, menegur stiap ksilapan aku.. akhirnya dia lh org yg prtama yg dtg kepada aku dgn ikhlas dan rasa tanggungjawab, mmberi nasihat dan dorongan...  aku sangt brsyukur Allah titipkn seorang sahabt utk mngingatkan aku, mngajarkn aku erti kehidupan ini. dia yg telh mmbuka mata aku.. masih ada yg brbeza! aku akn igt pesannnyer... aku muslimh, harus mnjaga diri.. dari fitnh, skalipun pd prkara yg 'kecil'.. krn aku brpurdah, aku harus pndai jaga diri, bl mntaliti masyarakt mlihatkan wanita brpurdh adalah wanita yg smpurna, sekalipn semuanya adalh mnusia yg lemh. tapi! itu bukn alasan utk kite trus mlakukan kesalahn yg sama.. dan jgn sesekali jauh dr usrah, jauh dr a usrah, diri akan rebah... aku akui itu smua... usrah adalh tunggk kekuatan.. kesedarn yg mula mnjalar ke lubuk hati aku, syukran jazilan us atas teguran yg ikhlas demi  dakwah dan agama, utk mmperbetulkn diri aku yg 'jahil' dan lemah, sekalipun  aku xtahu brapa lama aku mmpu utk istiqamah... moga trus ditetapkn hati dan iman... ya Allah tetapkan lh hati2 kami dijalanMu.. Amin...

Sunday, March 24, 2013

Aku, Dia & Gitar



Seperti biasa di waktu petang, aku mencapai gitar yg tersandar di didnding sebelah meja study...  aku mula memetik2 gitar mengalunkan lagu 'atas nama cinta' yg dinyanyikan oleh kumpulan nasyid muda UNIC yg makin mnginjak naik namanya. sedang aku leka memetik gitar yg ku beri gelaran Mr. Brown ini, tiba2 aku ditegur oleh sahabat sebilik aku, Ira. " amboi, siap lagu atas nama cinta' , ade ape2 ker? ko de suka some1 ea?" serkap jarangnya membuatkan aku ketawa terbahak-bahak. xde masa aku nk suka2 kt some1, prinsip aku 'tiada cinta b4 nikh'. mana mungkin aku nk jatuh cinta kt someone, xde mknenyer..lagipun, bagi aku lelaki sekarang bukn leh prcaya sangat pn. "mane ade, aku saje je main lagu nie.. ko nie, mengarut je tahu." balasku menafikan kata-katanya. sempat ku jelirkan lidah kepadanya. dia hanya ketawa saja kemudian keluar dr bilik semula dengan buku nota ditangan..mungkin ke bilik teman2 serumh kami yang lain. aku termenung seketika. merenung Mr. Brown ku yg terdiam di atas ribaku. "Aku , Dia & Gitar?" bicara mulutku perlahan. ' ermmm dia tu sape yer? encik asben (husband) la kot?' kih3 tp betol ke aku ni suka kt sesapa?' muncul pertanyaan dr mindaku. xsemena-mena mucul pula wajah seseorang yg sekian lama mengganggu ketenangn jiwaku. arghhh xmungkinlah!xkn sesekali! bertingkah rasaku. xmungkin sama sekali! aku terus menafikan.ye lah, mana mungkin, aku kn rokcers, xlayan prasaan-perasaan cm nie. aku terus mnyedapkan ketidakenakkan pada jiwa. malas untuk terus melayan perasaan, aku terus melangkah ke bilik teman sebelahku. mane tahu ade news baru masyuk..haha

*******************************************************************
terkocoh-kocoh aku melangkah ke fakultas. jam sudah menunjukkan jam 8.05 minit pg. aku sudah trlewt 5 minit utk ke kelas..arghhh msti Us. Asri dah mula mengajar. nasib baik jer aku rempit ngn motor. adoi.. Dhia', Dhia'...xpernah serik2..selalu jer masuk lambat..mcm kolj ni bapak kau punya...
aku brlari-lari anak menuju ke kuliah, namun melihatkan teman-temn sekuliah masih lg berkeliaran di luar kelas, hati aku sedikit lega.. duppp!!! hatiku berdetak tiba-tiba. rasa xmenentu saat melihat dirinya dr jauh. boleh sakit jiwa aku mcm nie..ah, knp dia selalu mengganggu tenangku? rilek2, wat bodo jer Dhia', cam ko buat biasa. hahah, dgn selamba aku masuk clas. memng sah lecturer xmasuk kuliah lg. mintak-mintaklah xde kelas..ase mals nk blajr plak hr ni. hr ni je ke?bukn mals aku hari2 ke?huk3 klu xde clas hr ni, bgusla jgk sbb xdelah aku nk mengadap muka mamat bajet cute cartoon tu. hati aku terus membebel ntah apa-apa. seketika kemudian, lelaki bajet cute muka kartun brjalan masuk ke kuliah, aku wat xtahu jer tp Allah yg tahu dalm hati aku. smpai sekrang aku xtahu knp dgn hati aku. sukar mncari jawapn yg pasti apa yg sedang melanda diri aku nieh..gila, gila..aku memng dh gila agaknya.
"Ustazah, ni pendrive yg Us Adam bagi". sapanya tiba-tiba dari belakang. terkejut jgk aku, tp buat2 muka slamba. "oo.. terima kasih". jawabku tersenyum. dia pn turut tersenyum menmpakkan giginya yg putih. hati aku pulak yg berbunga-bunga tiba-tiba. tp kenapa? memng sah aku dah gila. gila bayang agaknya.

*******************************************************************
"Dhia', aku tengok si Fahim tu suka kt kau lah, kau xsuka dia ke?" tiba-tiba soalan cepumas dari k.Inas menyapa telinga aku. terbahak aku ketawa. tak masuk akal langsung! "k.Inas ni agak2la, xde mknenye dia nk suka aku k.inas oi..eeee suka sangat serkap jarang.. hr tu kate si Imad la suka aku, si Azwanla, semua suka kat aku. banyak cantikla sangat muka aku nih kaannn. haha" balasku menafikan. ah, k.Inas memang suka serkap jarang n suka sangat brcanda dan banyak kelentong.huhu xde k.Inas, xberserila dgn gelak tawa dalam rumah ni. "lah, xcaye plak akak cakp ni, akak rase  jer.haha klu dia btol-btol suka cm ne?" "xmungkinla k.Inas.. dia da adelah..." balsku menyanggah. "mane kau tahu?" tanyenye seolh ignkan kepastian. "adelah" balsku pendek. walhal aku main serkap jarang jerk pun..tp org mcm dia, mcm xpcaye klu still solo.. mals aku nk brsoal jawab dengan k.Inas yg entah ape2 punya soalan. aku xsuka diri aku dikaitkn dengan mana2 lelaki sekalipun dengan Fahim. lelaki yg mmbuatkn hidup ku haru biru sekrang nie.. aku xboleh prcaya dia jatuh suka kat aku..xmungkin. lagipun aku rasa dia sudah ada orng yg dia sukai. cuma aku tidk tahu siapa gadis yg mnjadi kesukaannya itu. cemburu? X!, tp aku teringin jgkla nk tahu sapela wanita tu. mesti cantik, pndai, kaya. ah,mcm heroin dalm cerita plak..huhu begitu gmbaran ku setiap kali memikirkn gadis idaman hatinya. membndingkan diri ku? rockers! da la xde rupa, habuk pun xdak.

Malam ini aku terjaga awal. jam menunjukkan pukul 4.00 pg. Allah kejutkn aku utk brsujud. lantas ku bangun dan menuju kebilik air. setelah brwuduk aku ke tikar sejadah. melakukan solat tahajud dua rakaat. panjang sujudku memanjatkn doa. aku memohon semoga diampunkan dosaku dan kedua ibu bapaku. kemudian kulnjutkn doa ku "ya Allah KAU pegangilah hatiku, kuatkan jiwaku menghadapi setiap ujian darimu.. ya Allah tunjukilah aku jalan, tuntunilah hatiku menuju redhaMu.. ya Allah Engkau yg lebih tahu apa yg terbuku di hati ini, Engkau tahu segala isi hatiku.. ya Allah genggamilah hatiku ya Allah. Engkau yg lebih tahu apa yg trbaik buat hamba-hambaMu.. aku serhkn segala takdirku kepadaMu" aku mnyapu airmata yg trsisa seusai menunaikn solat. kemudian, aku mncapai al-Qur'an di ats meja studiku dan mula membacanya dengan penuh syahdu. bagaikan brbisik bibirku mneyebut-nyebut kalimah cinta dari-Nya.

*******************************************************************
Hari ni kuliah ku hanya satu kelas jer..arghhh terasa boring seharian tinggal di rumah. aku bersiap-siap mneyarung jubah dan tudung labuhku kemudian memikul gitarku bersama dan  membonceng motor ke Fakultas. Di sana beberapa teman Acehku sudah berkumpul di sana dengan gitar masing-masing. selalunya ade waktu-waktu terluang aku akan kesini brsama Mr. Brown utk bermain dan belajar gitar di bawah pokok berdekatan fakultas Dakwah. petang-petang sebegini fakultas sangat lengang dengan pelajar-pelajar kerana tidak ramai yang ada kelas selepas waktu asar. hari ni aku belajar macammana memetik gitar lagu 'Ku AdaMu' yang dinyanyikan oleh Najwa Latif dengan bantuan video tutorial dr You Tube dan jgk kawan-kawanku. wah, rase bangga bley petik gitar.. dengan petang-petang sebegini, sangat mnyamankan aku. lagi best dapat petik gitar dengan husband.. aku men gitar, encik asben nyanyi lagu..hoho  sooo sweet.. aku tersenyum sndiri memikirkn hal ni..ah, aku memng da kemaruk nk kawen agaknya... 'udah2 ler Dhia', kau tu study pn blom abis lg..xyah nk brangan sangatla..' kutuk hatiku sndiri. jam 6 petang kami mula brsurai.

Syok aku dok layan cite Adam & Hawa, tiba-tiba aku dapat sms dari kawanku Adam. dia bertanye tentang pendrive yg aku ambil minggu lepas. ya Allah aku betol2 lupe nk kasi balik. dia bg pndrive tu minx aku copykan kitab Tafsir Ibnu Katsir yg penh aku download mlalui intrnet. aku membalasnya bahwa aku akan hantar esk dekat Fahim, kemudian Fahim akan mmberikannya. ah, menyebut nama tu dah buat aku rase xmenentu.. bencinya aku perasaan seperti nie. aku menaip sms kepada Fahim, aku memberitahunya bahwa aku igin meminta tolongnya utk memberikan pendrive kepada Adam. xsmpai seminit, hp ku berbunyi.
"W'alaikumussalam.. ok ustazah. men gitar xajak pun.. :)" aku tersenyum sndiri mmbaca msg darinya. heh, ape kene dgn dia nie? dia nampak aku men gitar tadi ke? asal aku xnampak dia plak? laju aku menaip abjad2 hp Nokiaku." nk main jgk ker? lain kali ana ajak us yer..:p" dgn gatalnye aku balas msgnye mcm tu. kemudian masuk sms darinya lagi " haha, ana gurau jer. ana mane pandai main gitar, ustzh je lah mainkan satu lagu utk ana..:)" balsnye lagi..ah dia ni saje nk menguji iman aku. "mane boleh, only my asben org prtama ana akan mainkan gitar.haha.. sori yer us.. kui3" aku trsenyum sndiri dgn msg ku. ape yg lucu pn aku xtahu.. kemudian, dia mmbals dgn simbol ":(" menunjukkn dia sedih kot bl aku msg dia cm tu. eleh mcmla btol dia trasa hati ngn aku. wat pe nk sedey, bukn aku de ape2 bg dia pn..Dhia', jgn trtipu.. aku mmebiarkan sepi msgnya. malas aku nk layan, makin dilayan makin parah aku nnti dgn mainannya. bukan aku xtahu sifat lelaki.

*******************************************************************
tepat jam 8 aku dah bersiap-siap utk ke kuliah Us Azmin hari ni utk pengajian Perkembangan Tafsir di Nusantara. Sesampai di fakultas, aku nampak dari jauh dia yg berdiri di pintu kelas brsama rakan-rakannya. ah, hatiku brdetak seribu. alahai knp dgn hatiku? geram n mnyampah pn ade. aku buat-buat selamba jer. walaupn aku semacam perasan dia tgk aku brjalan menuju ke kelas, aku buat-buat bodoh jer depan dia. duduk jer di dalam kelas, aku menarik nafas. aduhai hati, knp dgn kau ni? lemas aku mcm nie.. dalam kelas mcm biaserla, aku buat-buat jer ambik perhatian penuh dekat student-student yg presntation kt depan. mata aku ni terkadang liar merenung dia yg duduk di depan sekali. khusyuk betol dia. alahai, asalla dia cute sangat, mcm kucing pn ade..miawwww.....haha aku memerhatikan dia yg sudh mngangkat tangan tanda utk brtanyakan soalan. " saya ingin bertanyakan, bagaimanakah metode yang digunakan oleh pengarang kitab Fi Zilalil Qur'an ini, dan apakah yg mndorong ataupun apakah yang mmjadi motivasi kepada penulis utk mngarang kitab ini?." soalnya kepada pembentang di depan. Mereka mempresntasikan judul Tafsir Fi Zilalil Qu'ran karangan Sayed Qutb. hmm dia memng bijak. salah seorng pelajar Malysia yg terbaik di sini. aku? bukn pndai sangat pn..jauh beza ngn dia. sapelah aku ni jika dibandingkan dengan dia. hmmm msti ramai yg suka dia kan? agak2 sapelah perempuan yang di suka tuh. xmungkin sama sekalilah aku nie..huhu 'dah2 ler Dhia', asyik brangan jer, tumpukan prhatian!' bebel hatiku sndirian.

******************************************************************
Malam ni aku terpaksa pergi ke Rumah Mes kerana perlu menyiapkan pentas bagi program "Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam" yang akan diadakan beberapa hari lg. aku just ajk jer.. so trpksa pergi siap2kn pentas..kwan serumah aku, Wani yg ambik aku join dia. ikutkn mals, tp da tanggungjwab trpksalah pergi jgk...huhu oppsss, prbetulkan niat, LILLAHITA'ALA.. hehe yup, in sha Allah dapat gnjaran dr Allah..cehhh brceramh ckit...kih3 tept jam 8 seleps Isyak, mmboncenglh aku dengan si Wani nih ke rumah MES. kawn2 yg lain sudah smpai nmpaknya. di situ aku melihat KD protokol dan KD Publisiti turut ada di sana. sesampai aku di sana, aku trnampak dia yang sedang brdiri tidak jauh dari aku, tgh brcakp dgn membernya us Farhan. aik, pe hal dia ade kt sini? hati aku trtanya2..ahh lntaklah, bukan hal aku pun.. aku buat2 xnmpak jer. aku pn malas nk ambik endah. lagi cept wat keje, lg cept selesai, lg cept aku boleh balik.huhu aku brserta beberapa kawan yg lain da mula sedia utk menghias pentas. brmula dgn memasang langsir. yang lain-lain adela yg buat bunga rabben la, mcm2lah ape2 yg  boleh mnghias pentas. "eh, sape yg nk pnjat pasang langsir nie? soh us Fahimlah, us Amin ker" Ain mmberikan cadangan utk memasangkan langsir. "xpayah, aku pn boleh jer buat" celahku.. aku paling xsuka org yg trlalu brgantung dengan lelaki nie. aku ambik kerusi dan aku pnjat sndiri pasang langsir. yg frustnyer tangan aku xsampai nk sangkut lngsir. geram betol. " biar ana buat ustazah," tiba2 ade yg mencelah. erkkk brhenti sejenak degupan jantung aku dengar suara garau tu. aku memndang sekilas wajahnya. dengan perasaan yg teramat malu, perlahan-lahan aku turn dari kerusi, berlalu dari situ. aku mmbiarkan dia yg mmbuat kerja memasang langsir itu. "tu lar, balagak tinggi sangat" sinis Wani dalam nada gurauan. aku menjelirkan lidah. geram, bila kene perli. tp terkantoi, merah padam muka aku. euuwwww dia nampk aku jelir lidah kt kawan aku. aku sempt melihat senyuman dia. Allah, malu giler dowh.. adoi, kenapa la dgn aku ni? suka sgt memalukan diri sndiri. dekat dua jam kami menyiapkan pentas, akhirnya jam 10 mlm kami sudah mula utk berangsur pulang.


******************************************************************
Sedang aku menghadap lappy (laptop) ku, kak Inas datang menghampiriku. dia duduk bersila disisiku. " ade ape dtg nih? mesti de pape ni?" aku mengecilkan mata memndang k.Inas yg trsenyum padaku. "ehem, ehem" dia berdehem. "kak Inas nk tanye something kt Dhia'." bicaranya. aku mngerutkn dahi. mcm serius jer bunyinyer. "tanye ape?" "ermmm... Dhia' da ade sape2?" dupp, hati aku tetiba brdentum. "mksud akak?" aku buat xfaham. menayang muka poyo. "mksud akak Dhia' da ade yg istimewa ker?" "oooooooooooooooooooo" pnjang muncung aku. aku mengangguk2kan kepada." ape yg oooo? ape yg angguk2 kepala?" soal kak Inas kebingungan. aku tersengih dan tertawa kecil. "xde apela kak Inas." jawabku. xterjangka akan disoal dgn soalan cepumas mcm nie. "da tu, da ade ke belum?" tekn kak Inas. "hmmm, sapela yg nk kt Dhia' ni kak Inas oiittt" "ye la tue." juih k.Inas. xcaye sudahhhh... "klu k.Inas cakp ade org sukakn kt Dhia' mcm mne?" sambung k.Inas. ni yg mals nih..bab prasaan bagai.. heran btol aku, ape yg dipndang sgt diri aku nie? "bagitau kt org tu, baik lupakan je lah." balas ku pendek  dan brlalu. malas aku nk bincang pnjang2 hal nie.. xde kepentingan. ye ker xde kepntingan? ahhh lntaklah.. yg pasti aku blom brsedia.

*******************************************************************

Lebih kurang 3 bulan semua team kd dan ajk  brusaha menjayakan program Kesenian dan Kebudayaan Islam ini. Sampailah waktu yg ditunggu2. Malam ini akan brlangsungnya Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam. Yang paling menjadi tumpuan sudah tentunya pentas aka ‘pelamin anganku musnah’..haha itu aku la yg panggil.. ki3.. Malam ini aku dapt tahu yang Fahim akn membuat persembahan lagu edcoustic bergandingan dengan Huzaifah. Huzaifah sape yg xkenal, Penasyid fofular masa kini. Kt cnilah..kt luar aku xtahulah…dgr2 dia sedang mmbuat recording dgn artis Nasyid Malaysia. Tp xtahula pulak sape. alah, sape kesah kan? Berbalik pasal td, klu si Huazaifah yg nasyid aku xkisah. Tp Fahim? Aku xpernah dgr pulak dia menyanyi bagai. Dgr suara dia cakp pn xbrape nk sedap, apath lg nk nanyi?haha Amboi2 suka2 hati aku kutuk kn? Ehhhh bukn kutukla tp hakikat ok.. ke dia yg main gitar? Tp pandai ke dia? Cam xcaye plak.. xper2 kite tgk jer nnti..hehehe
Acara bermula dengan bacaan ayat suci al-Quran dari Syahir. Sungguh merdu suaranya. Untungla sape yg dapat dia nie.. muka pn boleh tahan. Asset tu asset! Msti ramai nyer pemint setia nih, kecuali aku la. Selesai bacaan ayat suci al-Qur’an, kemudian diteruskn dgn kata-kata aluan dr pengerusi program, kata-kata dari YDP, kemudian bermulalah persembahan dari mereka yg trlibat. Macam-macam persembahan. Sajak, Iklan, pentomen, dikir barat, dan macam2 lagi. Yang aku tunggu-tunggu dari tadi, ini dia, persembahan lagu nasyid edcoustic. Sebut sahaja persembahan ini, ramai yg bersorak. Sudah tentunya ramai brsorak krn Huzaifah. Peminat katakan. Aku melihat dari jauh dia berjalan menaiki pentas. dengan memakai kemeja biru dan berkot hitam, bersama seluar slack, dia nampak simple dan santai. Tapi yg mmbuatkan aku tergamam, gitar yg dipegang di tangannya. Aik? Macam penah tgk. Ye lah, sejibik eh bukan sebijik (sori tersasul) mcm Mr.Brown aku punya. Eh, dia ni biar btol. Xkan aku da rabun kot?? Memng btolla tu gitar aku. Tp, mane dia dapt Mr.Brown tu? Tp, smalam aku memang ade bg pinjam kt Naim. Mungkinkah? Memng sah ditangan si sepet tu mr.Brown aku. Amboi3, guna xbagitahu. Si Naim tu pn satu, xbagitahu aku langsung pasal org lain nk guna gitar aku. igt senang ke org nk sentuh Mr.Brown aku tu..? Tpppp, ape salahnye. Kan3? Alah, mngaku je lah Dhia', ko memng suka kan?.. kih3. Xberkelip aku memandang dia memetik gitar lagu 'Aku Yang Berdosa'. Memng xsangka dia rupanya pandai main gitar. Adoi, boleh buat hati aku ‘xsihat’ mcm nie. “oit, xberkelip nmpak” teguran Ezan membuat aku trkejut. Geram rasa hati. Ikutkan mahu saja aku cekik2. Orng dok syok tgk, dia boleh mngganggu? Haish, suka kacau btolla. “eee, kau ni, agak2 r. suka sangat kacau org. dok diam2, n dengar ok.?” Marahku xpuas hati. “ amboi, marah nmpak. Ko pn mint kt si mamat poyo tu jgk ker?” duga Ezan. Eeee, minah ni, aku bagi kang, baru reti nk duduk diam. xleh tgk org senng duduk betol! Gumam aku geram. “sape? Huzaifah tu? Ko igt aku ni mcm ko ker? Eeee da la ko ni, ganggu betolla. P main jauh2.” Aku tolak2 Ezan supaya mnjauh dr aku. akhirnya dia pergi jgk dgn perasaan xpuas hati. “orang nk gurau pn xboleh” gumamnya. Lantak ko lah gurau ke x, mals aku nk layan. Aku memberikan perhatian kepada pentas. kali ni Fahim bermain gitar dgn alunan lagu freedom yang dipopularkan oleh Maher Zain. Hai.. macam xprcaye jer dia tgh petik Mr. Brown aku.huk3 untungla kau Mr.Brown.. aku trtsenyum sndiri. “sbelum mengakhiri prsembahan kami,  saya akan menyanyikan sebuah lagu. Lagu ini istimewa ckit sbb ia ditulis oleh sahabat sy, Fahim.orgnye di sebelah saya ni.. Lagu ini mempunyai maksdunya trsendiri. Kalau nk tahu lebih lanjut kite serahkn pada tuan empunya pencipta lagu lah. Mungkin shabat saya ni bolh terangkan sedikit sebanyk tentang lagu hasil ciptaannya ini.” Kata yang trkeluar dari Huzaifah mmbuatkan aku teruja. Xsangka si Fahim ni pndai mmbuat lagu. Aku amatinya setiap patah bicara lelaki itu. “ lagu ini saya bru siapkan beberapa hari lalu. Ini percubaan saya yg pertama. Sekadar suka-suka. Tapi lagu ini sangat brmkna buat saya krn lagu ini saya cipta utk belahan jiwa saya. Terimalh dari kami “Jatuh cinta” aka Aku, dia, dan gitar”. erkk...aku trkedu.. Semua sudah brsorak. Berdebr rasa hatiku. Owh, rupanya dia sudah punya seseorang yg istimewa. tepat seperti sangkaan aku. Aku, dia, dan gitar? Siapakh gadis bertuah tu? Adussss broken heart aku. melepaslah kau Dhia'..huk3 sadis2...

ketika aku trlihat dia
dari jauh ku memandang
wajah sucinya, penuh syahdu
senyuman terukir indah

tergambar cahaya iman

kulayarkan perasaan ini kepadaMu Tuhan
untuk mnjaganya agar diredhai
ku berharp cinta ini suci
menjadi milikku akhirnya


jatuh cinta aku padamu
krna agama yg brsalut dijiwamu
jatuh cinta aku padamu
kerana iman yg trpancar dalm dirimu
izinkahlah aku brdiri disimu
menjadi yang halal hingga ke syurga nanti

Tuhanku hanya padaMu ku brharap
jagalah hatiku ini
tunjukilah aku jalan kebenaran
moga dia untukku selamanya…."

**************************************************************
Pejam celik pejam celik, minggu depan da mula final exam. Adusss, satu habuk pn aku blom ulangkaji lagi.. Dhia', Dhia', ko memng. Last2 minute jgk kerja ko. Hmmm nk buat mcm mane, da bgini rupe aku. xtau bilelah nk brubahnye.huk3 aku menongkak dagu di atas meja study. Tiba2 saja fikiran aku melayang pada kejadian malam tu. “Ustazah, ur Mr. Brown.” Sapa Fahim tiba2. Dia menghulurkan Mr. Brown kat aku. hati aku da mula xkeruan. Cool Dhia' cool.kawal ckit prasaan tu…teragak-agak aku utk mnymbutnya. dgn rasa malu aku mencapai Mr. Brown dr tangannya. Masa tu aku baru sahaja selesai mengemas pentas selepas selesai program kesenian malam tu. “ana minx maaf sebb xmnta izin dahulu, lagipn spatutnya Naim yg main mlm nie, tp sbb dia xdapt datng, jd ana gntikan dia.” Sambungnya lg. patutlah sepnjang program aku xnmpak langsung batang hidung Naim. “erk, xper, ana xkisah pn” sambung aku buat2 slamber. “dan terima kasih jgk sbb da halalkn ana petik Mr. Brown ni sekejap td” dia tersenyum. Alahai, ko senyum pd aku? makin xkeruan aku jadinya. Da tu, mane plak dia tahu nm gitar aku mr. Brown nieh.. ni msti Naim bagitahu ni. Memalukan betol!. “erm, kalau xde ape2, ana prgi dululah” rase nk hilangkan diri trus dari situ. Xsanggup aku nk trus brdepan dgn dia nie. Da tu plak, senyuman tu…… tp sayangnya, dia dah berpunya... sadis btol… “haaaa!” “eh mak kau jatuh trgolek” melatah aku trkejut tahap gaban disergah oleh k.Inas. sampai trdorong kt depan. “ape yg dimenungkan tu? Da tu trsenyum sorang2 plak tu.. kau angau eh..” duga K.Inas. geram ase dibuatnye. “K.inas nie, da la buat orang trkejut.” Aku mnjeleng xpuas hati. “eleh, padahl dia yg brangan xhabis. Tringat kt sape ni?” “ tringat kt abng Lee” “abang Lee mane plak ni?” “ Abang Lee Min Hoo” balas aku selamba. “eee… main2 plak dia nie, Lee Min Ho la sgt.” Juih K.Inas. aku sudah ketawa mengekek. “ape la yg minat sgt si mata sepet mcm tu, da la berak xbasuh. Ko minat org mcm tu? Heran aku budk skrang nieh” k.Inas da mula mmbebel..tergeleng-geleng kepalanya..huhuhu


**************************************************************
Sudah hampir dua tahun aku di sini. Segalanya dah hmpir selesai. Aku sekarang pn hanya tinggal tesis yg belum siap.. itupn sudah hmpir siap. Terlalu banyak kenangan aku di sini. Pahit manis, semuanya sudah kurasai. Trkadang rasa sedih utk mninggalkan tempt yg byk memberikan aku pengajaran yg sgt bernilai. Tinggal beberapa bulan sahaja lg utk aku bergelar sebagai graduan ijazah muda berkepujian. Sesekali aku tersenyum sndiri mngingatkan semua kenangn di sini. Terkadang aku memikirkan dia. Ntahkan nnti kami akn berhubung ataupn x. kalau brhubung pn, utk apa? Aku bukanlah org yg rapt dgn dia. Ahhhh memikirkn hal ini, mmbuatkan hati aku rasa sesak. Dan aku pn xprnah brangan lebih. Cuma trkadang aku trhanyut oleh prasaan yg datang tiba-tiba mncuit hati.

Akhirnya smpi jugk hari yg brsejarah. Yaitu hari konvokesyen aku brsama teman2 seperjuangan setelah dua tahun kami brjuang di bumi Aceh ini. Selepas ini aku akn kembali ke Malysia dan meneruskan kehidupan aku disana. Manabur bakti utk negara sndiri. Sewaktu aku bergambar dengan teman2 seperjuangan di luar dewan konvokensyen, aku disapa Fahim. Sangat x aku sangka. Tiba-tiba sahaja hatiku brdetak xkeruan. “Tahniah ustazah” sapanya tersenyum. “terima kasih.. thniah utk ustaz jgk.” Balasku padanya. Aku melihat wajahnya. Mungkin utk kali yg terakhir. Lagipun sudah pastinya aku dan dia xkan bertemu lagi. Masing2 akan mmbawa diri meneruskan kehidupan. Aku pstinya akan mengenangnya sebagai sahabtku yg baik walaupn aku tidaklah begitu rapat dengannya dan brsahabat spertimana shabat2ku yg lain. Mungkin kerana perbezaan jantina mmbuatkan ada jarak diantara aku dan dia. Aku meneliti wajahnya yg begitu leka bercakap dengan kawan Acehnya yg datang tiba-tiba. Wajah ini mmbuatkan hatiku trasa lapang walaupn trkadang mmbuatkan jantungku berdegup kencang saat dia berada di depan mataku. Sungguh hatiku trasa xigin masa berlalu begitu cept utk mengakhiri kisah aku dan dia. Tapi siapalah aku utk mmberhentikan waktu. Semua itu adalah kuasa Allah. Aku akn mngenang dia sebagai seorang shabat yg baik. sewaktu berkira-kira utk melangkah pergi, tiba-tiba aku trdengar suaranya yg memnggil namaku. “Ustazah Dhia'!” panggilnya mmbuatkan langkahku trhenti. Aku berpaling melihat dia yg brdiri tidak jauh dari aku. “ustazah, pulang Malysia nanti sebelum masuknya ramadhan, keluarga ana ingin dbertandang ke rumah ustazah.” Kata-katanya mengejutkan aku.  Ya Allah, apakah mksudnya? Terkedu aku dibuatnya. Tidak tahu utk mnjawab apa. barangkali hanya ingin bercanda saja. lgpun wt pe dia dtg umh aku? jauh pulk tu dgn kg halamnnya di KL sana. “boleh ustazah?” soalnya meminta kepastian.aku seakan tidak prcaya, mencari kepastian dari raut wajhnya yg tenng. “insha Allah. Ana harus meminta izin dr umi dan waled ana dahulu”. Balasku sehabis sopan, setelah yakin yang dia memng serius dgn apa yg diperkatakan sebntar td. sbenrnye tgh control prasaan beb….huhu “kalau macam tu nnti ana telefon waled ustazah, moga-moga waled ustazah sudi menerima kehadiran kami ke rumah. Yg penting ustazah sudi mnerima kehadiran kami dan hajt kami nnti.” wajahnya yang lebut ku tatap sekilas. malu lar pulak..pipi aku da rasa mcm pakai blusher. xkeruan rasanya. hajat? hajt ape? erkkkkkk ape aku nk cakp? Dlm hati memngla sudi. Beribu2 kali sudi. Kang klu aku cakp sudi, nmpak sgt aku ni gelojoh sgt. Haish, kene jg kemuslimahan ckit. “erkkk.. insha Allah ustaz”. Jawabku lembut. Bajet ayu kononnya..haha dlm hati terasa ign melompat2.. sabr Dhia' sabar, ni baru permulaan, belum tentu lagi. Aduhai hati…“terima kasih ustazah. ana pergi dulu. Nantikan kehadiran ana... owh jgn lupe kirimkn salm rindu buat Mr. Brown. Assalamu’alaikum..” dia tersenyum nakal. kemudian berlalu pergi bersama harapanku. Aku trtunduk malu. Alahai…. Sape yg xmalu. trasa merah pipi ku mcm pkai blusher. Rase xsabr nk balik Malysia. Aku turut melangkah pergi dari situ dengan senyuman yg brbunga-bunga. Tiba-tiba sahaja aku teringat lagu ciptaannya yg pernh didedangkan sewktu malm program kesenian dan kebudayaan Islam. Senyumnku brtmbah meleret. Ah, perasannye aku.. ntah2 utk org lain..huhuhu tp aku memng da xsbar utk mnanti hari bahagia itu! Thank u Allah atas anugerah yg tidak trhingga. Aku yakin kini, aku tidak bertepuk sebelah tangan. Perasaan yg pernah hadir dlm hati ini, adalah prasaan yg benar, bukan hanya mainan. Semoga aku mmpu menjaga dan melayari prasaan ini dengan jalan syari’atNya. Menuju redhaMu ya Allah. Bimbinglah hati kami ke jalanMu. Amin….