Friday, July 27, 2012

Love


\
Bila bicara soal cinta, memang ramai yang inginkan jalan cerita cinta semanis dan seromantis jalan cerita cinta yang mereka lihat di kaca televisyen. walhal, di dalam cerita tersebut, sudah tentu pengarah yang mengarah mereka untuk berbuat begitu. Sedangkan kita sebagai manusia di Bumi sementara ini, segalanya Allah yang tentukan, termasuk kisah cinta kita. Ketahuilah, kisah cinta kita semua sudah diaturkan oleh Sang Pencipta. Dia yang Maha Mengetahui segalanya.

Rasa cinta itu adalah perasaan yang Dia telah kurniakan pada kita. Memang tiada siapa mampu menolak rasa cinta itu. Dia akan hadirkan rasa cinta yang sebenar-benarnya itu tika waktunya sudah tiba. Kita hanya perlu berdoa memohon yang terbaik dari-Nya. Usah risau, kerana Dia memberi apa yang kita perlu, dan bukannya apa yang kita mahu. Bersangka baiklah selalu dengan Allah. Kita hanya merancang, Dia jua yang menentukan.

Adakalanya, Dia memberi sebelum sempat kita menadah tangan meminta pada-Nya. Dan sesekali Dia mengambil sebelum Dia memberitahu kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Ketahuilah, adakalanya Allah menguji tanpa kita sedari, maka Dia akan anugerahkan akal untuk berfikir memilih jalan yang terbaik.
" wahai hati, jadikan penantian ini jalan menuju keberkatan,
bersabarlah~ akan ada indah di penghujungnya nanti,
asalkan cinta ILAHI sentiasa mengiringi,
insyaAllah, kita akan terus tenang dan sabar menanti. "

No comments:

Post a Comment