Monday, January 9, 2012

★•.•´¯`•.•★Perjuangan★•.•´¯`•.•★



 


"Jika PERJUANGAN ini adalah udara yang terhembus pada setiap saat dan ketika, Maka jagalah ia agar tetap terhirup dan terus bernafas kerananya. Jika PERJUANGAN ini adalah pedang2 yang siap sedia dihunuskan, Maka jadilah pahlawan2 yang akan memainkannya di medan tempur. Jika PERJUANGAN ini adalah jalan yang panjang, Maka janganlah berhenti sebelum kita ketemukan penghujungnya yg bercahaya. Jika PERJUANGAN ini adalah bunga, Maka tebarkanlah rekahnya agar ia terus menebarkan wangian ke seluruh pelusuk dunia."

Dalam perjuangan kita menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, kita takkan pernah berhenti dan takkan sunyi daripada menerima pelbagai ujian dan cabaran. Syaitan juga takkan pernah berhenti utk menghasut dan menyelewengkan hati-hati kita daripada kebenaran. Tapi dengan keimanan dan keyakinan yang tinggi dengan janji2 ALLAH "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." ~al-an'am:153~
Jangan sesekali kita berputus asa dgn PERJUANGAN ini.Kuatkanlah azam dan semangat kita untuk meneruskan PERJUANGAN ini. Ayuhlah kita bersama bersatu. Rapatkanlah saff. Gandakan dan tingkatkanlah usaha kita serta Bertawakkallah kepada ALLAH. Insya ALLAH KEMENANGAN pasti menjelma. ALLAHU AKBAR!!!

No comments:

Post a Comment